Monday, May 12, 2008

tamatnye barbeque...

Majlis barbeque komuniti sunway alam suria sabtu lepas dah pun selesai dengan jayanya. Walaupun agak kelam kelibut disebabkan kekurangan kerusi dan meja utk duduk dan penyediaan makanan yang agak lambat disebabkan oleh sambutan diluar jangkaan.. secara kasornye majlis makan2 ini boleh dikatakan agak berjaya dari segi perlaksanaan. Benatang2 yang dibakor pun agak mantap walaupun adalah dalam 7-8 ketul sayap ayam yang rupa dah macam sayap gagak disebabkan oleh kekuatan api luar kawalan.

Walaupun penat dan panas, secara keseluruhan segalanya berjalan agak lancar dan mengembirakan. Full Stop.

Tapi kat sini aku bukan nak citer part yang seronok2 pasal sumer org dah tau dan sumer org appreciate event babi-q kali ni (walaupun bad @ badul agak keciwa disebabkan ketiadaan kerbau pendek utk barbeque bersama ayer kelapa pada mlm tu)- yang aku nak citerkan kat sini lebih pasal objective event yg boleh dikatakan tidak berapa kesampaian.

Plan menjadik (ada lah sedikit kekalutan pasal food turn around agak perlahan), makanan cukup (agaknye la kut), perut kenyang, semua enjoy tapi cuma satu jer kurang tercapai, sesi ramah mesra, kenal mengenal dan sesi penerangan.

Aku cakap ni bukan pasal aku nak kata ramai yg tak bercampur dengan org.. bukan aku nak judge org kata depa tak bercampur org, tapi masalahnya kalo dah datang makan pastu makan plak ngn keluarga sendiri, pastu dah kenyang terus balik.. susah jugaklah kalo aku tak kata aku tak berbulu.

Bukannya aku ni jenis yg extreme socialist (keje nak berimpun, nak ber-event tak abih2), aku cuma cuba tak paham apalah salahnye duduk ngn jiran2 dan kasik bini pun duduk ngn jiran2 gak. Nak kata malu.. susah jugak pasal kutu2 ni boleh tahan plak muka duk beratur 2-3 kali kat tempat bakor. Kalo beratur sambil berbual pastu usik2, gurau2.. "Eh Yus, pasal apa hotdog ni pendek cam ko nyer 'tuut' jek" oklah jugak, tapi masalah nyer dah ler beratur 2-3 kali pastu kasik arahan plak nak tu ini..

Mula-mula aku ingat puak2 ni nak melawak ala2 order kt restaurant, tapi lama2 aku tengok serius semacam pastu 2-3 round beratur dan mintak stail yg sama.. aku pun setat rasa hangin satu badan. Tapi memandangkan derang pun bayo RM20 utk sefamily dan objektif event pun nak berkenalan.. aku dan 2-3 org pembako yg perasan puak2 ini tepakse sabo ajelah.

NILAI RM20.00

aku tak taulah mungkin sesetengah orang rasa RM20 yg AJK mintak tu beso sgt, dan diaorang ni pun rasa kalo tak bantai makan habis2an rugi RM20 tu.. aku nak ingatkan skit.. "NI COMMUNITY EVENTLAH SEDARA! BUKAN ADA SAPA AMIK UNTUNG!, DUIT LEBIH BUKAN MASUK POKET PUAD (kan? puad kan?) ".

Kalo nak kira untung ker rugi, puak2 AJK mcm Puad Stim, Fahmi Kopi, Izzar Belly Dancer, Bad @ Badul, Bob Gaban, Abg Hasmy dll lagik rugi buat makan2 ni.. tapi masalahnyer puak2 ni tak penah berkira dan tak penah plak mintak korang cakap terima kasih ke hape.. geng AJK2 ni hanya nak korang sumer join event dan setatlah berkenal-kenallan. Takyah lah korang nak berkira sgt sampai nak makan sampai cover RM20 yg korang bayar tu.. ni bukak buffet bukak puasa beb!.. ni community event!.

Aku maleh nak komen lebih2.. pasal pada aku kumpulan mcm ni kecik ajer dan tak peningkan kepala sgt.. paling2 koman dia mau gak contribute (tak taulah kalo takut malu org kata tak contribute..). Walaubagaimanapun, kita sumer patutnyer paham, ada sesetengah org tak penah kisah utk buat itu ini utk community.. jadik in return.. bawak2 lah bercampur.. bukan tiap2 minggu ada event mcm ni (kalo tiap2 minggu ada event ramai2 aku pun jemu..)


aku citer ni bukan nak korang puji AJK atau nak bodek Presiden mcm ahli majlis tertinggi U*N*, aku cuma nak korang2 sumer kurang2kanlah perangai berkira tu dan bawak2 lah bermasyarakat.. tak rugi mana pun. Itu saja utk kali ni.. kita jumpa di post akan datang. Babai.

10 comments:

SZS said...

pendapat aku pula bukan x nak bersuai kenal dgn semua org yg dtg, tapi rasa segan pula tengok semua org macam dah saling kenal semua org. Aku ni pula macam baru nak tanya nama.... segan la.

Isteri aku pun cakap macam tu. tgk semua dah rancak borak segan lak nak mencelah dan perkenalkan diri.

so aku cadangkan di masa hadapan:
1. Semua org yg dtg wajid pakai name tag siap dgn number rumah.

2. Atau pun Is, ko gi rumah ke rumah pastu ko gi ambil gambo seisi keluarga dan ko posting kat blog ko ni. siap dgn nama skali.

3. Blog ko ni apsal tak ada list of AJKs dan number to contact

apa pun makan mlm tu bolehlah dikire berjaya (tang makan jer) bab suai kenal bagi aku tak berjaya lansung. (sorry la tapi ni pendapat aku).

Anonymous said...

is ketambola.. betoi jugak cadangan szs tu.. lagi satu apasai blog ni hang sorang saja boleh post? kata komuniti.. ni dah diktator ni.. ni aku nak email gambar yg telah siap dicuci secara digital.

Unknown said...

no komen ana tidak ade lah.......malam babi-Q tu.

is said...

shahzan,

hang kasik aku gmail hang.. aku tambah..

aku mmg diktator ala Maha*h*i*.. huarghgg..huarrghh.. huargh...

is said...

aku pun setuju ngn szs..

sesetengah tu mmg segan pasai tak berapa kenai lagik dan AJKs pun tak da dari golongan pompuan, so geng pompuan lagik susah ler nak berkenalan pasal takde coordinator. Aku dah penah raised pasal commitee pompuan kat AJKs tapi senyap kat situ jer.. (maklumlah aku pun bukan part of AJKs).

Pasal tangkap gambaq whole family depan rumah n bubuh kat blog mmg good idea pasal itu langkah paling senang nak kenai jiran. Nanti aku suggestkan kat AJKs..

btw.. kepada AJKs, hampa buat jugaklah aktiviti utk org pompuan mcm baca yasin ka apa ka.. bukan every week.. sebulan skali pun dah ok. pasal pompuan ni lagik senang berkenalan kalo takda laki masing dan anak2.. (yelah.. baru nak berkenalan anak mintak t*te*, dah terbantut usaha berkenalan..)

GUNDAM 13 said...

aku nak komen sikit kat hang punya tajuk ni ... spelling tu bior terang sikit ... cubala babiQ to tukaq kat BBQ ... kan cantik sikit org nak baca / makan....

Brad Cit, aku memang nak puji hang ... baru la attractive sikit blog kita nie ... tapi berapa ramai je yg tahu kita ada blog ... !!

GUNDAM 13 said...

RM 20 tu memang besor sangat bila depa rasa depa kat Indonesia "Restoran Makan Sampei Kenyang" kot ......

Anonymous said...

Salam,

Maaf terlebih dahulu pada sahabat sekelian atas teguran.

Aku selalunya menukarkan nama haiwan yang kurang menyenangkan kepada nama lain agar lebih sedap didengar...especially sesama keluarga dan sahabat handai.
Contohnya
Cik Ti untuk Tikus
Cik Nai untuk Anai2
RB untuk Babi

Sebutan Cik Ti dan Cik Nai tu digunakan dlm perbualan agar tidak lah seolah-olah menjemputnya terutama sekali ke dalam rumah.

Sebutan RB pulak aku lebih selesa (dan bukan selera).

Kerapkali penggunaan perkataan "babi" dlm pelbagai situasi yang agak negatif dan sensetif(tidak sedap didengar) pada sesetengah orang
1)dimaki orang;
2)RB tu jugak dimakan oleh bukan muslim dan aku cuba menjadi seorang muslim. Janganlah diibaratkan pada makanan yang halal; pesan ustaz aku, air kosong yang hendak di minum jangan sekali-kali dipanggil arak. Begitu juga makanan babi-Q untuk santapan hidangan.

Diharap semua menuju ke arah kebaikan. Yang baik datang dari Allah swt dan yang kurang datang dari kelemahan diri saya sendiri.
Wasalam.

Unknown said...

Salam,

Aku dah minta Johari buat survey, kat semua residen apa pandangan, respon, cadangan untuk penambahbaikan komuniti kita ni,
Sebelum akhir bulan Jun ni kita cadang akan membuat satu perjumpaan dgn semua residen atas nama hari keluarga Sunway Alam Suria, dlm masa yag sama kita akan finalise tentang sekuriti yg akan mengundur kan diri mereka pada peghujung bln Jun nanti.
harap beri sokongan dan semua dapt hadir pada hari tersebut.

wakheng said...

Ni wak nak tanya skit.. Persatuan Penduduk kita ni dah register ke belum? Dan apakah sudah ada usaha2 kearah itu? Tuan Sekretari.. any update on this?