Monday, May 19, 2008

surat khabar lama.. old news paper.. taw kaw kow chi..

Slm aku duk tgh layan wrestling pompuan kat ASTRO (tak ingat plak aku channel apa..) tetiba hp murah aku bunyik. Hish, potong stim betul, dah ler Raesha Saed plak yg lawan. Tag Team match plak tu. Minah mat saleh yg menyamor konon2 dari Damascus Syria ni plak agak jarang kuar lawan.. dah ler tu.. dia sorang jer yg dlm wrestling lawan siap pakai tudung ngn seluaq panjang. Aku bukan apa.. aku pun tau wrestling ni mmg berlakun, tapi kerana nak tengok sejauh mana mat saleh cuba nak promote character jahat bertudung si Raesha ni dlm wrestling aku pun tepakse ler nengok.. eh.. kejap.. kejap, aku tadi nak citer pasal hp aku bunyik ker apa tadi... apsal melalut citer wrestling pompuan plak nih.. ish.. ish.. ish.. Astagfirullahalazim.. (btw, Raesha nyer finishing move agak kelakar.. ahaks!)

Ok balik semula citer hp aku bunyik, aku pun check. "SMS from Puad Stim". Aku maleh nak karangkan balik sebijik2 sms Puad Stim kat sini pasal Puad nyer ayat sms agak sedikit skema katun. Jadik senang kat sini aku citer ajelah apa plan si Puad Stim yg terkenal dengan jiwa ala2 budak pompuan Form 2 (jgn mare aa.. tak caya tanya Badul takpun Izzar Belly).

Dlm SMS tu, Puad mencadangkan agar community kita ni mempunyai pusat recycle kita sendiri. Bila aku cakap recycle maksud nyer kertas, aluminium dan plastik shj. Taik, tayar keta, nasi tomato 4 hari lepas, polysterine, air jamban, kondom terpakai, pampers penuh taik, bangkai gagak, spender koyak dan baju pooh (utk Puad Stim shj) tidak termasuk dlm apa yg dilabelkan sebagai barang yg boleh diterima di pusat kitar semula kita tu nanti. Aku kena cakap terang2 kat sini, pasal ada jugak kutu2 yg agak tak berapa boleh nak beza barang recycle ngn tak.

Objective utama si Puad Stim ini ialah untuk mencari duit bagi tabung komuniti kita yg skrg ni mmg tak berapa nak ada disebabkan oleh kelembapan proses pendaftaran komuniti kita di ROS (selagi tak register, takleh kutip duit tabung). Selain dari mencari duit tabung aktiviti komuniti, ada beberapa lagik kebaikan yg boleh di capai sekiranya kita dpt menyediakan pusat pungutan barang2 recycle tu nanti. Antaranya,

1. Mendidik generasi muda tentang pentingnya kitar semula sekaligus memberi tamparan kepada generasi tua agar tidak membakar majalah pl*yb*y, surat cinta lama dan gambar awek dulu bagi mengelakan di ketahui oleh bini.

2. mengajar generasi muda agar lebih berjimat cermat(dari hari2 beli paper Metro, baik beli Quran, beli sekali boleh baca hari2 mcm aku.. hehehe..)

3. Mendidik generasi muda agar mengunakan barang2 biodegradable utk kegunaan harian spt mengunakan daun pisang utk basuh ber*k dsb.

Memang banyak benefit recycle kalo aku nak listkan kat sini, tapi walauapapun pada aku, kalo geng AJKs boleh plan elok2, dan organize betul2.. takde sapa yg akan bantah atau cuba membuat protes dengan membakar diri (ala2 citer tamil). Cuma skrg ni aku cadangkan supaya resident2 yg bukan AJKs pun turut tampil utk kasik idea mcmana nak realisasikan plan puad tu. Yelah menda recycle2 ni bukan senang, takleh harapkan AJKs jer utk buat sumer benda, sumer org mesti involve. Aku rasa sebelum setat apa2, elok kat sini AJKs setat plan mcmana nak mobilize semua org dlm projek baru cadangan Puad ni atau mana2 aktiviti komuniti. bukan saje utk participate, tapi involve skali. Kita pun tak mo tengok pusat recycle tu nanti jadik pusat pembuangan sampah @ kantin gagak2 kawasan Shah Alam.

Tapi ni sumer idea aku ajelah.. Kalo AJKs baca dan lepas tu rasa depa larat buat sendiri sumer benda aku takde hal. Janji aktiviti sumer jln dan majority puas hati dengan aktiviti2 tu.


korang pikir2kan lah sendiri..

3 comments:

SZS said...

baguslah idea ni. aku sokong!!!

To'mat said...

Aku no hal punya, semua sokong asalkan memberi kebaikan kpd semua........

Tapi kenalah bersatu semua..
LANGKAH MESTI KE DEPAN kuikuikui...

Apa-apapun setuju sangatttttttt

Anai2 said...

Salam,

Jom jadi warga berkebajikan.
Kita tolong semampu yang boleh.

Cuba cari cara cara camna capai cita-cita commitee & communiti.

Kita kata kita kota, kalau kira kongsi kuasa komitee, kian kuat kuasa komuniti.

Sepertimana kuasa Anai-anai, seekor tak kuat kalau banyak ekor kuasanya boleh merobohkan. Lainlah... jadinya kalau diracuni..

Salam