Alhamdulillah..
Setelah berkali2 meeting dan follow up antara exco dan pihak Sunway, akhirnya pihak sunway bersetuju untuk meluluskan proposal surau sementara utk komuniti kita dalam jangka waktu terdekat. Menurut secretary kita en Izzar Belly Dancer, budget allocated utk surau sementara adalah sebanyak RM8,000.00 @ 16,000,000 Rupiah.
Menurut sumber2 yg tak dipercayai, design asal surau sementara kita agak hebat dan cantik merelip-relip sehinggakan kalo dicampur masjid kristal diterengganu dengan masjid blue mosque di istanbul pun sekalipun masih belum boleh menandingi design asal surau sementara kita.
Disebabkan oleh model surau sementara kita agak canggih dan maju, Lengkap dgn aircond yang mempunyai teknologi penyejukkan rumah mayat dan unsur-unsur pembaziran yg jitu, pihak sunway mencadangkan agar spek surau sementara kita di downgradekan sedikit agar pihak Masjid Negeri Selangor tidak jeles, sekaligus memungkinkan rakaman azan di TV tempatan hanya tertumpu dikawasan surau sementara kita.
Walaupun pada mulanya saudara Izzar Belly Dancer dan Puad Stim membantah sambil menepuk-nepuk meja ala ahli parlimen, akhirnya pihak exco kita bersetuju dengan cadangan pihak sunway kerana mengambil kira kepentingan ramai yang mahukan surau sementara kita dibina dan siap sebelum puasa tahun ini.
Walauapapun keputusan tentang model surau sementara. Kita sebagai penduduk fasa 1 sunway alam suria mengucapkan syukur dan terima kasih kepada pihak Sunway dan Exco2 penduduk kerana tanpa mereka, surau sementara kita takan dpt direalisasikan sblm raye tahun depan.
di bawah adalah model mengerlip-relip yang dicadangkan oleh exco dan model yg dipersetujui oleh sunway. (model surau sementara ini berdasarkan imaginasi penulis)
Sampai jumpa lagi..
Cadangan dari Exco2 kita...
model exco 1:
model exco 2:
dan.. cadangan dari Sunway.. hanya sedikit downgrade..
model sunway 1:
model sunway 2:
Friday, May 9, 2008
bersyukur akhirnya...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
5 comments:
aku suka model exco 1 tu.. macam kat rusia
tak dapat model exco 1 dapat model sunway 1 pun jadik.
tapi make sure model sunway 1 di letak di atas precast concrete stump 1 meter height dan ade tangga.baru rupa surau tak rupa bilik gerakan security je.
TAHNIAH...AKTIVITI BABI-Q MALAM TADI.BERDASARKAN KEPADA LAPORAN AGEN2 KGB,MOSAD,CIA,FBI ,ICI,IOI,USM,UTM DAN LAIN2 LAGI.
Main bola nanti team Sunway Suria mesti jangan kalah.tidak sia2 pakai jersey.kalah jangan balik rumah.tidor kat padang...je..
alhamdulliah... lulus gak permohonan surau kite. pasni kite minta disegerakan balai rayo pula.
Cik Is Blog ko punya GMT setup salah la. aku posting comment ni pada ari ahad 11 May pukul 3:01 ptg apsal time stamp recordkan aku publish pada 11 May 00:01am.
Ade sesuatu yang belum laeii kite semue hapuskan. yakni kucing. sekang ni tahi kucing merate2. Cube kite bayangkan kucing itu koncing atiu melopas atas tompat BBQ lepaih tu kito bakor ayam. mosti sodap...Surau pung mesti bauuu punyo. DEN SELALU nampok kelibat kucing hitam. sapo lo punyoo.kona siasat niiii. BlockC ni ado ko yg membelo. Sini bukangnyo zoo atau tompat hidupang liar. Kona la pahem sikit. Den nak minte lerr sesiapo sajo AJK/PJK/Mbsa/fbi/TabibResdung poei ler nasihat.
Post a Comment