Assalamualaikum W.B.T
Sedara-sedara ku sekalian.. Tuk Penghulu Puad Stim mencadangkan agar hari Sabtu ini kita mengadakan upacara gotong-royong memupuskan kambing2 dari Tesco, Giant dan seangkatan dengannya. Menurut risikan Puad, jika kita tidak melakukan apa2 untuk memastikan kepupusan kambing, kambing2 tersebut akan melancarkan serangan berani mati (sebab tu ler pak arab suka main letup2 badan.. kuat makan kambing).
Jadik untuk mengelakkan sesuatu yang tidak diingini berlaku, kumpulan regular meja bulat telah mengambil inisiatif dengan membuat tempat babi-q yang rupanya sikit2 mcm jamban cangkung rumah atuk aku.
kasik ler sikit pujian kat contractor2 kelas A kita.. antaranya..
1. Kol (B) Puad Stim
2. Abg Hasmy Rocker Senja
3. Abg Arzmy Romeo
4. Kamal Anai2
5. Fahmi Kopi
6. Brahim Hang Kebun
7. Altantunya Shariibu
8. Razak Baginda
9. Dr Pencen Ray
10. Dr Helicopter
11. Lan Monster
12. Meja Herry
13. Najib Tun Razak
14. Wahid Satay
15. Shahrul Burung Unta
16. Eric Chia
17. Shahzan Bapa Angkat Kucingku
18. Bad @ Badul
19. Rosman Ketul2 tahi unta (mcm p. ramlee lah..)
20. Izzar Belly Dancer
21. Hamazri Kurangzat
22. Shahrom Agogo
23. Husaini Kejor Yeop Kejor
24. Bujangel sebelah rumah abg Hasmy (aku dok lupa semedang nama dia)
25. Rafeah Buang
26. David Blaine
27. Anak2 kak ani
28. Is Bradpitt
29. Joe Ahlil Parlimen Ketuhaq
30. Saddam Hussien
(.. kalo aku tertinggal nama korang.. harap maap lah.. aku pun manusia biasa)
Perh.. penat jugak aku nak pikirkan list nama penyumbang tenaga kerja.. dari 120 rumah yang dah masuk.. tolak dlm 10 rumah yg agak2 segan disebabkan masih anak dara, contribution dari 30 buah rumah (korang kira sendiriklah betul2) agak membanggakan. Mungkin dimasa mendatang akan lebih ramai lagik kawan2 baru dari kumpulan kadang2 akan aktif utk menjayakan aktiviti2 komuniti.
btw. Plan yg aku dpt dari Izzar Belly Dancer (Secretary) spt berikut:
Tempat: Padang Bola Sunway Alam Suria (mana lagi.. takan nak buat kat Jaya Jusco Plak)
Masa : Hari Sabtu Malam Ahad (esoknya ahad.. cuti lagi..)
Acara : Bakor kambing.. mungkin juga terdapat jiran yg akan membawa kucing2 jiran sebelah rumah mereka utk di bakar.
Konsep : Pot Luck ala arab (Man, ingat ko sorang jer makan ala arab, kami pun ada gak.. hahaha.. )
Apa yg aku tau kutipan membeli kambing akan di usahakan oleh sedara Izzar Belly Dancer sebanyak 20K .. eh! RM 20.00 jer. Nak derma lebey bleh.. pasal duit tu akan disekalikan denganb duit sedekah masa korban dulu, so mmg takde penyelewengan (kalo ada aku post kat blog ni.. bior kena pulau dek kawan2).
oklah itu sahaje.. kita jumpa lagik dia post seterusnya..
Tuesday, May 6, 2008
jemputan majlis perasmian meja bulat dan barbeque (Dr. Ray.. ko jgn bawak b*bi idup plak)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
5 comments:
Ok.. ari Sabtu ni.. mgg cun. Wak bleh bawak kucing, kesemua 12 ekoq bulu lebat.... dengan kandang sekali, bley buat grill.. rendah lemak dan kolestrol.. haha..
nama brad pitt hang tu boleh tukaq sikit tak pakai pelakon tempatan. kita kena berfikir secara global, bertindak secara tempatan, betoi dak?
aku cadangkan hang letak macam is rosyam ke, is pierre andre tu pun dah macam kebaratan sikit.. mmm is ketambola ke sempena mengenang Allahyarham Tan Sri P. Ramlee kita.. aaa.. kan sedap bunyi tu..
setuju tukaq nama....is nasi kandaq pun ok gak..
jangan mare....sempena nama tempatan orang utara...kah...kah...kah.. mane gambaq2 babi-Q.
Salam,
Kalau boleh, Avoid Conflict, Macam menarik rambut dalam tepung, tepung tak bertabur, rambut pun ta putus. Kita nak hidup lama kat sini, awal2 lagi dah nak bercakor lama2 besok mau berparang lak! Banyak bersabor, kalu tak boleh settle ape2 masaalah ngan jiran, segan nak tegur, segan nak cakap, rujuk ngan org ketiga! kita selesai cara baik, mesti ada jaln.
Is ko jgn tulis aku Kol Besara bagei! nanti org ingat aku askor betul lak! Memang Aku keja dengan askor dulu! Tapi tukang masak Askor jer!
Aku orang awam! Bini aku jer askor!
Post a Comment