Monday, June 23, 2008

macih kengkawan.. macih..

Setelah sehari suntuk ngn anak2 resident taman kita, hari ni baru ku tahu kerja cikgu2 kat sekolah rendah menjaga budak2 bawah 12 taun mmg mencabar dan tak semudah yg kita sangkakan. Kalo lepas ni cikgu2 sekolah ajak aku pi tunjuk perasaan mintak naik gaji.. aku rasa silap aribulan aku ikat C4 kat badan mcm Altantanya (dia ikat sendiri ker?) pastu jalan kat depan skali utk kasik FRU pikir lapan kali sblm buat apa2. Tak kiralah, rosmah mans*r nak tengok aku letupkan badan ke tak, tapi yg aku nak cakap kat sini jaga budak2 bawah 12 taun mmg boleh mengetest tahap keserabutan kepala.

Tapi dlm keserabutan menjaga anak2 resident yg participate dlm campfire kali ni, aku bersyukur jugak kerna ramai kengkawan yg selama ni sekadar kenal dan bual ala2 Joe Labu berbual ngn Pak 'Lah-dah-tidoq', dah boleh melawak tahap kasut masuk mulut. Secara tak lansung, kroni AJK makin bertambah dan sekaligus memudahkan AJKs mendapatkan bantuan/volunteers utk apa2 aktiviti pada masa akan datang. Walaupun secara keseluruhan tak semua residents menzahirkan percubaan utk menjadi kroni, tapi pertambahan kroni pada kali ni boleh dikatakan agak membanggakan.

Alhamdulillah...

Walaupun agak sukar utk mengawal budak2 yg agak histeria kerana terlalu excited nak bercamping, aku dan kengkawan yg bersama2 menganjurkan aktiviti camping ni agak berasa puas dan seronok bila tengok budak2 yg boleh dikategorikan sebagai 'budak bandar' tak lagik bergantung kat PS2,PSP,XBOX atau Nintendo utk berseronok. Puas, mmg puas.

Tapi ke'smooth'an aktiviti campfire ni takan dpt dicapai kalo tak kerana Puad Stim yg agak ringan tulang dan mulut utk mencari sponsor sekaligus mengimport awek camerawoman sunway ke taman kita (awek tu mmg mantap wa cakap lu..sampai aidil masuk tangan dlm seluarlah..). Walaupun kengkadang aku rasa mcm nak lempang2 si Puad disebabkan oleh perbezaan pendapat, tapi kalo takde pertolongan dari Puad Stim, agak susah/penat jugak utk aku menghandle sumer benda (yelah.. aku pun bukan kenal ramai org sgt pun). Macihlah Puad (tapi aku tetap rasa nak lempang ko utk seronok2).

Tapi aku rasa selain dari Puad, aktiviti campfire ni mmg tak leh nak gi kemana tanpa bantuan manusia2 yg tak berkira dari segi duit dan tenaga mcm Brahim hang kebun, Aidil bergedel, Hamazri kurang zat, Badul poyor, Wahid Satay, Izzar Belly Dancer, joe labu, Shahrom gendut, Fazli Celcom, Dr Nazrul Heli, Fahmy kopi, Adrian kucing, wife rosman unta, abg jamaludin misai, nasa virago, anak2 kak ani, abg hasmy rocker senja, abg arzmi kongke* king (nama baru berdasarkan perangai terkini), Lan monster, Farid skuter, Faizal sunyi sepi, ust Amir dan ramai lagik yg aku mungkin terlepas nak tulih kat sini. Memang, kalo takde depa ni semua, alamatnya silap aribulan, budak2 ni sumer aku dah bawak pegi mintak sedekah kat pasar tani shah alam utk carik budget.

Tak semua pueh ati..

Tapi disebalik ke'smooth'an projek, ada jugak ketidak puas hatian sesetengah penduduk. tapi nak dptkan semua org puas ati mmg aku rasa agak mustahil disebabkan oleh pandangan dan perasaan setitip yg agak berbeza. Ade ramai jugak yg agak mengomel bila aku dan brahim kebun terpakse reject late applicants. bukannyer apa, deadline yg diberi bukan utk seronok2 tak mo kasik ramai2 masuk. Deadline yg kitaorang letak tu utk memastikan kitaorang nyer planning tak terganggu. Yelah, utk penganjur plan berapa banyak hadiah/makanan dan khemah yg nak kena beli/mintak sponsor kenalah ikut berapa ramai yg register. kalo dah hantar borang dah lambat, mcmana nak plan? Takan nak hampakan budak2 bila setengah dpt sesetengah tak dpt. Budak2 bukan pandai reasoning lagik. yg depa tau, "aku nak jugak.. aku nak jugak..". Jadik sesapa yg berkecil hati pasal application utk join aktiviti kena tolak, kenalah paham keadaan penganjur.

"Eh! tapi ada yg tak daftar tapi register pada hari aktiviti dpt masuk jugak! ini tidak ADIL!!". Sabo-sabo, kat sini aku nak maklumkan mak bapak yg lambat hantar application lepas tu main semborono bawak anak utk join adalah tidak bertanggungjawab dan amat menyusahkan. Aku kena maklumkan kat sini, aku tak kira korang nak carut aku ke hape. "Penganjur terpakse membuat keputusan utk menerima masuk budak2 tu tanpa dpt menjamin hadiah/makanan utk budak2 yg mak bapak nyer lewat menghantar borang". RM5 tu mmg haram tak cukup pun utk menampung aktiviti yg nak dijalankan (lagik2 yg kasik lewat pasal hantar borang lewat). Aku bukan nak kerek tak menentu, tapi kalo korang rasa korang betul dan kitaorang amik untung dari RM5 tu, lepas ni kasik nama kat aku biar aku suggest kat Puad Stim utk letak nama korang utk jadik penganjur (aku pun ada perangai pendengki mcm amno jugak).

Tapi walauapapun, yg penting sekarang ni objektif utk warm-upkan budak2 kat taman kita ni sblm menghadapi camping yg betul2 akhirnya dah berjaya. Jadik lepas ni kalo ada campfire anjuran pihak sekolah atau badan beruniform kat sekolah, takdelah budak2 tu sumer ada masalah utk join, dan mak bapak pun boleh lepaskan anak2 depa pegi dgn rasa confident. Taklah tidor tak lena, makan tak lalu, 'main' tak puas kalo anak2 pi camping utk kali ke2.

Akhir skali, penganjur nak mintak maap kat mak2 dan bapak2 kalo2 ada yg anak2 depa balik mengadu kata kami marah2 atau garang2 sgt. kitaorang bukan sesaja nak marah2 atau garang2 (kalo ada), kitaorang cuma nak make sure keselamatan budak2 tu semua semasa dibawah jagaan penganjur.

Itu ajer aku rasa utk kali ni. Gambar weekend ni baru buleh upload pasal Hamazri kurang zat terlalu bizi dan tak sempat nak upload lagik. Sampai jumpa lagik di lain posting. BABAI!

Read More...

Monday, June 9, 2008

Polis main Pondok-Pondok

Agak lama jugak aku tak post benda baru dlm blog ni. Bukan takde menda nak cerita, tapi disebabkan kesibuk kerja tahap gaban nak berak, aku tak sempat nak bukak blog ni utk baca atau tulih apa2. Oleh kerana arinih aku ada sikit masa terluang, jadik aku ingat aku nak citer sikit berita terkini tentang taman kita.


1. Sunway Suria Campfire '08

as for today, aku dah dpt lebih kurang 25++ participants. Agak terguzut jugaklah aku dengan sambutan yg agak mengalakkan ni. Ada yg tak dak anak nak hantaq tapi bermurah hati menderma, ada yg call nak tambah anak.. (bukan depa call nak kata depa nak buat projek tambah anak.. maksud aku tambah participant la). Buat masa ni aku, brahim hang kebun dan sekutu2 sedang mendetailkan aktiviti2 yg akan dijalankan dlm campfire anak2 sunway nih. Aktiviti yg ada dlm handout arituh agak general disebabkan kami nak menganalisa kumpulan umur peserta.. takmo lah nanti buat aktiviti yg agak ganas mcm aktiviti belajaq sembelih ayam.. tapi yg ramai budak2 pompuan umur 7-8 taun. Insyallah.. kalo takdak hal, hari rabu ni korang sumer akan dpt final aktiviti2 campfire kat dlm mailbox korang. jadik korang sumer kena tungguuuuuu..

2. Security etc

utk pengetahuan ente2 semua, pada hari Ahad (22/06/08) pagi, Puad Stim dan rakan sekongkol akan mengadakan majlis taklimat/meeting/makan2/suai kenai (aii berapa kali mau suai kenal daaa..) di padang taman kita. Kalo korang dah baca meeting invitation yg geng society dah hantaq tu, meeting kali ni lebey bertujuan utk memaklumkan berkenaan isu2 yg berkaitan dgn taman kita nih. Memandangkan respond dari komuniti agak tidak memberansangkan.. aku nasihatkan geng2 society bolehlah pi habaq sekali lagik secara molot kat depa semua nih. Bukannya apa, ada yg balik lewat mlm kuar pagi, ada yg tak balik2 sampai weekend, ada yg tak mo bukak mailbox kerna takut kena ketip nyamuk, mcm2lah.. jadik Puad Stim, hang dan puak2 society kena ambil pendekatan baru, tak kiralah mcmana, janji berkesan(btw.. hang pun satu, hantaq surat ramai2 mcm RELA nak pi tangkap indon, jgn kata org takut, anjing charles pun buat2 mati bila tengok hampa mai).

3. Surau sementara

aku tak sure by puasa taun ni surau sementara kita tu sempat siap ke tak. tapi good news is, geng2 dato2 kat perdana height menjemput kita sama2 mengimarahkan surau depa yg akan siap by august ni. tapi kalo surau depa pun tak sempat siap, aku cadangkan society pau ler sikit duit amno utk sewa khemah sementara. kalo amno tak kasik kita cakap kat amno, dap dah kasik sikit.. sure lepas tu depa kasik.. hahaha..


oklah sampai sini dulu. aku nak pegi kutip utang, sampai jumpa lagik di post akan datang.. tata

Read More...

Friday, May 23, 2008

jom main pondok-pondok

Dah lama rasanya aku tak rasa kepayahan nak berak, kenikmatan kencing dlm sungai sambil berendam, kebest'an air sungai dan kebengkek'an bila khemah basah dek member yg kencing malam. Ya betul, kali ni aku nak citer pasal proposal aktiviti campfire yg asalnyer di cadangkan oleh sedara Wahid Satay dlm posting aku 'Puad Merajuk???'.

Dulu masa zaman sekolah, paling busuk sebulan sekali aku gi camping. Tak pegi ngn geng pengakap, gi sendiri sesama geng2. Bila masuk asrama, camping dah mcm menda biasa. Kalo musim durian, aktiviti camping ni dah macam hari2. Yelah nak rembat durian apek belakang asrama, kenalah sediakan kem dulu utk makan hasil rampasan perang. (btw ni kat MRSM aku dan Joe Parlimen Labu jer yer, MRSM lain boring.. hahaha.. jgn mare aa Nazrul..).

Tapi bila aku tengok budak2 zaman sekarang yg dah tak berapa nak value adventures aktivity mcm camping etc, aku rasa kesian pun ada, nak lempang pun ada. Nak salahkan mak bapak tak kasik anak2 try menda2 adventures takleh gak. Skrg ni mcm2 jenis org ada. Dari jenis perompak, peng'kidnap sampai ke jenis yg paling menakutkan mcm pedophiles, mmg tak patut kalau nak kata mak bapak tak takut. Jadik kerana kecuakkan mak bapak, tepakse ler budak2 zaman sekarang ni main dlm rumah. Kesian.

Jadik untuk mengelakkan budak2 kat taman kita ni jadik nerd, gemuk (disebabkan makan depan tv sambil tengok wrestling), anti-social, stress, low self esteem dan bermacam2 lagik side effect terperuk dlm rumah, pihak AJKs akan mengadakan program camping untuk anak2 lelaki resident yg mana maklumat lebih lanjut ada kat bawah ni ha,

Tempat Campfire: Padang Beso (kalo nak adventures lagik, kita gi camping kat tempat Altantunya nyer area)
Bila : 21-22 June 2008 (banyak masa utk memastikan anak2 anda tak kencing mlm)
Aktiviti : Macam macam ada..
Khemah : Sendirik carik (kat Giant RM50 boleh masuk 4 org.. so korang carik ler jiran utk share kalo takde)
Kos : RM 5 hengget sekepala

Buat masa ni, AJKs akan mengedarkan surat maklumat kesetiap rumah bagi memaklumkan aktiviti yg akan dijalankan berserta surat jawapan.

Ada lebey kurang 3 minggu utk korang plan aktiviti family pada hujung minggu 21-22 tu. Jadik kalo dpt joinlah dan respond awal2, pasal kalo sikit participant susah nak buat dan tak seronok.

Itu aje utk kali ni. Babai.

Read More...

Monday, May 19, 2008

Puad Merajuk???

Pergh.. tajuk pun dah panas. Biasalah akukan suka kontroversi, kalo setakat nak citer kat blog ni citer pasal kebaikan daun ulam Ray, Abg Hasmi Rocker Senja ngn Abg Arzmy Romeo ajelah yg interested. Maklumlah keta lama.. performance pun dah turun. kuii..kui..kui..! (btw Abg Hasmy dah gunting rambut beb.. kalo korang tengok dari tepi perghh sikit2 mcm Hattan tuu..)

Kat sini aku nak citer sikit tentang pencapaian AJKs kita buat mereka yg tak berapa nak tau atau yg memang baka suka mencari menda2 yg tak kena utk dikritik.

So far pada mata aku (dan mata aku ngn geng2 Jln 41E atas lah), performance AJKs yg kita telah lantik secara paksa rela ini agak membanggakan. Bermula dengan aktiviti sebelum perlantikan rasmi AJKs (majlis korban dan makan2) hingga ke projek ponco2. Semuanya berjalan lancar dan sambutan dari penduduk agak membanggakan (terutama projek makan2).

habis citer yg seronok. ni part citer yg tak berapa seronok.

Semalam waktu aku tgh duk melepak depan rumah dengan jiran2 rasmi Jln 41E, aku ada dengor citer berkenaan ada molot2 panas cuba mencerca dan mengkritik aktiviti2 yg dijalankan oleh AJKs kita pimpinan Puad Stim. Cerita kononnye yg aktiviti2 yg dianjurkan oleh Puad Stim agak berpoya2 dan tidak menjurus kearah keperluan yg lebey penting seperti Surau, Security dan sebagai nya. Meh sini aku citer sikit kat korang yg duk sibuk nak menibai tapi tak sedor cerita kat belakang kumpulan2 yg sibuk bekerja utk korang nih.

1. Aktiviti Korban
Masa ni AJK yg dilantik secara rasmi takde lagik dan takde sekor pun yg sibuk nak buat apa2 utk initiate aktiviti komuniti termasuklah aku. Puad Stimlah yg sekor2 plan ngn abg Hasmy rocker senja dan abg Arzmy romeo utk buat jemputan panggil sumer org utk berkenalan. Masa tu si Puad Stim ambik inisiatif utk beli kertas, print/photostat, distribute rumah kerumah, organize ngn abg Hasmy dan abg Arzmy utk sediakan makanan, minuman, kerusi dan lain2 lagi. Akhirnya kita semua dpt berkenalan buat kali pertama atas inisiatif Puad Stim dan duo senja kita.

Projek Majlis Korban akhirnya berjaya sehinggakan sesetengah dari resident memberikan cadangan yg agak membina..

"kita buat 2 ekor plak taun depan, sekor lembu sekor seladang! aku booked peha seladang utk aku sorang" - Izzar Belly D.

"taun depan kita buat unta plak!, tak dpt unta paling koman pun Lama" - Wahid Satay

"Abg aa.. itu bilatang tapir muleh korban ka abg?. sorri aa saya ada sikit jahil.." - Bad @ badul

*FYI, masa ni Puad Stim hanya kutu biasa, bukan penghulu, bukan JKKK, bukan partner Sirul/Azilah, bukan sepupu Linggam walaupun hampir serupa rupa paras dan bukan jugak bapa kepada anak Altantuya. Puad hanyalah kutu biasa masa tu mcm aku dan korang semua.

2. Projek Polis Sentri One Two Jaga, Polis mati, pencuri jaga
Rumah aku kena pecah dek penyamun. Masa ni sumer geng jln 41E on high alert. Puad organize meeting utk buat jadual sentri. Tak ramai yg turun. Balik2 muka yg sama. Kadang2 ada muka baru.. tapi tak bertahan lama. Puad Stim dan AJKs jemput plak satu security company utk buat briefing. Balik2 muka2 sama jugak yg datang. Oklah ramai yg cakap ni meeting AJK, tapi masa aku gi tu aku duk nampak ada jugak yg bukan AJK yg datang.. (tapi muka2 yg sama gaklah). Masa tu AJK bersetuju utk dapatkan surat persetujuan pengambilan guard dari setiap resident utk tengok sambutan penduduk. awal2, 30 puluh buah rumah jer yg reply, majority setuju.. tapi tetap tak berapa memberansangkan.

3. Meeting mintak extension sunway security
AJKs gi meeting ngn Sunway kat Monterez. Sunway hidang roti keras (aku takde Badul yg citer nih). Sunway setuju utk extend sampai bulan 6. Surat persetujuan pengambilan guard terus di distribute, reply meningkat.. tapi sambutan tetap perlahan.

4. Projek bantuan Tsunami Kenduri Anak Kak Ani.
" Woit Is, Kenduri anak kak ani pakai Catering ler..". Betul. Memang betul, tapi utk pengetahuan korang, pada awal2 nyer si Puad Stim ada offer diri + committee utk tolong masak makanan hari nikah. Kak ani pun bersetuju masa tu. Geng2 yg duk selorong ngn kak ani masa tu dah siap2 plan nak amik cuti utk bersama2 memasak makanan nikah. Tapi last minute plan tuko, kak ani decide nak nikahkan si Ema kat mesjid Shah Alam (senang pasal ada better space utk sedara mara nak tengok). Jadik plan tolong masak tuko jadik plan 'tolong mana yg boleh'. Kalo korang nak tau, mlm kenduri tu Puad Stim sekor2 terhegeh2 angkut 3 ketul barrier dari projek Cluster utk block Jalan 41E. Tapi sapa pedulik..

5. Projek mintak surau sementara.
Baca posting aku "bersyukur akhirnya.."

6. Projek Perasmian meja bulat dan majlis BBQ.
Baca posting aku "jemputan majlis perasmian meja bulat dan barbeque (Dr. Ray.. ko jgn bawak b*bi idup plak)" dan "tamatnye barbeque..."

7. Projek senaman poco-poco utk bini2
Baca posting aku "hula hup.. hula hup.. hulalala hula hup..".
Projek ni agak berjaya walaupun sedikit kelamkabut disebabkan oleh masalah karan. Aku ada sikit komen dari segi planning (aku dah sound Puad Stim mcm2 pasal planning.. "Puad ko jgn mengada2 nak merajuk ngn aku.."), tapi pada aku kalo nak perfect sgt pun susah pasal kita bukan pun bukannya ada cukup alat2 lagik (yelah ROS yg sunway submit tu agak lambat utk diproses, jadik takde duit subsidi kerajaan lagik.. nak mintak sumbangan pun tak boleh lagik).

* * *

Ada banyak lagik yg dah dilakukan oleh Puad Stim dan AJKs utk kesenangan kita bersama. Jadik tak sedaplah pada aku kalo ada citer yg kata Puad Stim dan puak AJKs tak buat apa2 utk security dan surau. Korang nak tiau lelebey pun tak patut, kalo rasa mcm tak berkesan peranan si Puad Stim, korang mai ler tolong sama.. jgn tibai pastu tengok jer. Aku pun ada masa rasa Puad dan AJKs sesekali kena dinasihati, tapi nak takan nak tiau kosong jek. Kenalah hulurkan tangan utk tolong mana yg mampu. Bukan semestinya korang kena jadik AJK baru nak get involve. Mcm tu mampuslah AJKs.

Skrg ni Puad dah merajuk (boleh tahan huduh gak rupa dia bila dia merajuk). Nak suruh Puad Stim buat bodo jer atas kritikan org sekeliling pun susah jugak, apa korang ingat Puad Stim ni mcm Pak Lah? boley buat ngantuk mcm tu ajer?. Jadik jln paling mudah pada aku.. kita ramai2 tolong dan join keje2 @ aktiviti yg dianjurkan oleh si Puad dan AJKs. Jgn bior si Puad ni buat keje sesorang. Dah ler tak penah cakap tima kasih kat dia dan AJKs.. dah tu main nak kritik sesedap rasa, mana aci! korang kena ingat Puad ni dah tua.. dah hampir nak menopause (nasib baik ada daun), jadik dia mmg makan ati sikitlah kalo org cakap itu ini.

Kalo ada apa2 yg korang rasa tak pueh ati, bukan takleh cakap, tapi pada aku elok tau apa yg dah dicapai dan join dulu baru komen atau lebih baik post kat blog (aku tak filter komen org..). Tapi buat masa ni korang sumer tak payah nak kritik2 sgt.. kita bukan ada budget, bior aku ngn Badul jer yg buat keje kritik mengkritik ni (dulu kitaorng cita2 nak jadik pengkritik AF). Puad Stim mmg dah lali dengan perangai aku ngn Badul. Jadik dia mmg tak makan ati. Kalo dia makan ati, aku
suruh dia gi makan daun dulu.

Oklah.. kualiti cerita aku pun dah makin kurang.. apa2hal pun, "Puad ko takyah ler merajuk, bak kata omputih.. sebakui epal musti ada sebijik yg busuk. Bior ajelah.., nak buat mcmana lagik.. takan ko nak hempas badan kat atas tar plak kerana 2-3 kerat yg mmg dah perangai mcm tu.. ".

sampai sini dulu.

Read More...

surat khabar lama.. old news paper.. taw kaw kow chi..

Slm aku duk tgh layan wrestling pompuan kat ASTRO (tak ingat plak aku channel apa..) tetiba hp murah aku bunyik. Hish, potong stim betul, dah ler Raesha Saed plak yg lawan. Tag Team match plak tu. Minah mat saleh yg menyamor konon2 dari Damascus Syria ni plak agak jarang kuar lawan.. dah ler tu.. dia sorang jer yg dlm wrestling lawan siap pakai tudung ngn seluaq panjang. Aku bukan apa.. aku pun tau wrestling ni mmg berlakun, tapi kerana nak tengok sejauh mana mat saleh cuba nak promote character jahat bertudung si Raesha ni dlm wrestling aku pun tepakse ler nengok.. eh.. kejap.. kejap, aku tadi nak citer pasal hp aku bunyik ker apa tadi... apsal melalut citer wrestling pompuan plak nih.. ish.. ish.. ish.. Astagfirullahalazim.. (btw, Raesha nyer finishing move agak kelakar.. ahaks!)

Ok balik semula citer hp aku bunyik, aku pun check. "SMS from Puad Stim". Aku maleh nak karangkan balik sebijik2 sms Puad Stim kat sini pasal Puad nyer ayat sms agak sedikit skema katun. Jadik senang kat sini aku citer ajelah apa plan si Puad Stim yg terkenal dengan jiwa ala2 budak pompuan Form 2 (jgn mare aa.. tak caya tanya Badul takpun Izzar Belly).

Dlm SMS tu, Puad mencadangkan agar community kita ni mempunyai pusat recycle kita sendiri. Bila aku cakap recycle maksud nyer kertas, aluminium dan plastik shj. Taik, tayar keta, nasi tomato 4 hari lepas, polysterine, air jamban, kondom terpakai, pampers penuh taik, bangkai gagak, spender koyak dan baju pooh (utk Puad Stim shj) tidak termasuk dlm apa yg dilabelkan sebagai barang yg boleh diterima di pusat kitar semula kita tu nanti. Aku kena cakap terang2 kat sini, pasal ada jugak kutu2 yg agak tak berapa boleh nak beza barang recycle ngn tak.

Objective utama si Puad Stim ini ialah untuk mencari duit bagi tabung komuniti kita yg skrg ni mmg tak berapa nak ada disebabkan oleh kelembapan proses pendaftaran komuniti kita di ROS (selagi tak register, takleh kutip duit tabung). Selain dari mencari duit tabung aktiviti komuniti, ada beberapa lagik kebaikan yg boleh di capai sekiranya kita dpt menyediakan pusat pungutan barang2 recycle tu nanti. Antaranya,

1. Mendidik generasi muda tentang pentingnya kitar semula sekaligus memberi tamparan kepada generasi tua agar tidak membakar majalah pl*yb*y, surat cinta lama dan gambar awek dulu bagi mengelakan di ketahui oleh bini.

2. mengajar generasi muda agar lebih berjimat cermat(dari hari2 beli paper Metro, baik beli Quran, beli sekali boleh baca hari2 mcm aku.. hehehe..)

3. Mendidik generasi muda agar mengunakan barang2 biodegradable utk kegunaan harian spt mengunakan daun pisang utk basuh ber*k dsb.

Memang banyak benefit recycle kalo aku nak listkan kat sini, tapi walauapapun pada aku, kalo geng AJKs boleh plan elok2, dan organize betul2.. takde sapa yg akan bantah atau cuba membuat protes dengan membakar diri (ala2 citer tamil). Cuma skrg ni aku cadangkan supaya resident2 yg bukan AJKs pun turut tampil utk kasik idea mcmana nak realisasikan plan puad tu. Yelah menda recycle2 ni bukan senang, takleh harapkan AJKs jer utk buat sumer benda, sumer org mesti involve. Aku rasa sebelum setat apa2, elok kat sini AJKs setat plan mcmana nak mobilize semua org dlm projek baru cadangan Puad ni atau mana2 aktiviti komuniti. bukan saje utk participate, tapi involve skali. Kita pun tak mo tengok pusat recycle tu nanti jadik pusat pembuangan sampah @ kantin gagak2 kawasan Shah Alam.

Tapi ni sumer idea aku ajelah.. Kalo AJKs baca dan lepas tu rasa depa larat buat sendiri sumer benda aku takde hal. Janji aktiviti sumer jln dan majority puas hati dengan aktiviti2 tu.


korang pikir2kan lah sendiri..

Read More...

Thursday, May 15, 2008

hula hup.. hula hup.. hulalala hula hup..

ahaaiii!.. (ringtone hp puad stim)

untuk makluman tuan puan pada sabtu ni Puad Stim telah menjemput seorang stewardess TUDM (original bangg..) untuk memberikan tunjuk ajar cara2 bersenam/aerobic bagi golongan pompuan yg ingin memaintain size pinggang spt paula abdul.

Aerobic Ponco-Ponco

Menurut saudara Puad Stim, gaya asal sukan aerobic ponco2 ini berasal dari indon (kg asal puad stim) dan biasanye ianya diamalkan oleh golongan yg gemuk dan mempunyai selulit mengelilingi pinggang.

Jadik bagi memastikan kecantikan yg konsisten kaum pompuan di taman kita, participation dari golongan pompuan amatlah penting. Ini sekaligus memastikan golongan suami/bakal suami akan teransang sekaligus mengelakan dari mereka dari mengatal dengan amoi2 kedai handphone.

Maklumat berkenaan aktiviti adalah spt berikut:

Kat mana: Padang
Bila: sabtu pagi.. takyah buat breakfast.. lepas exercise terus r*m*n, pastu gi carik kedai mamak sendiri2
Berapa hengget: Tunggu Shahzan update post (tapi tak silap aku RM80 sejam.. kira kalo ramai jadik 2-3 hengget jer sorang)

sekian.

ps: Puad Stim, lepas ni ko organize aktiviti yg islamik lah plak..

Read More...

Wednesday, May 14, 2008

tobatnya seorang ustat..

Atas kesedaran komen dari Anonymous berkenaan posting terdahulu "tamatnye babi-q", Ente dengan insapnyer memohon maap dan menarik balik perkataan "babi" dari semua tempat2 yang tak sepatutnyer..

mulai hari ni mana2 post takleh ada perkataan babi tanpa sebab.

Babi hanya boleh digunakan dlm post untuk tujuan2 tertentu spt:

1. Maki pencuri, penyamun, perompak dan sebagainya.

2. Menceritakan tentang hal2 berkenaan babi seperti "eh semalam aku tengok ASTRO 703 kat tb, pergh.. dia masak babi tuu.."

Pengunaan ayat spt membabi buta jugak diharamkan untuk mengelakkan kemarahan OKU disebabkan salah paham kerana mengaitkan org buta dengan babi. Begitu jugak dengan
perkataan Gila Babi, pun tak boleh kerana mungkin boleh menyebabkan para babi berkecil hati kerana umum mengetahui binatang yg termasuk golongan gila hanyalah anjing gila dan lembu gila (mad cow) - babi tak pernah gila beb.

Ini adalah untuk kebaikan kita sendiri dan anak2 sekaligus akan turut menginsafkan bad @ badul yg dah termakan berkilo2 daging b*b* (btw.. bad cakap sedap.. hehehe).

Harap maklum.

Read More...

Tuesday, May 13, 2008

Kes percubaan kali ke berapa

Ni sms dari tok ketua senja tadi... ada percubaan pecah masuk ke rumah sahabat kita di blok E jam 1.20 pagi tadi. Aku tak tau detail. Harap sapa yg tau boleh komen kat post ni. Dan juga kalau tok secretary kita boleh update pasal perkembangan sekuriti outsource. kalau ada apa2 yg komuniti boleh tolong. Harap maklum.

p/s: sori, post aku tak sekontrovesi macam post Is Ketambola. lagi satu percubaan nak upload gambaq babi-Q gagal.. asyik2 "connection was reset". boring. Opps, timakaih kpd Is Ketambola karena bagi aku peluang utk post.

Read More...

Monday, May 12, 2008

tamatnye barbeque...

Majlis barbeque komuniti sunway alam suria sabtu lepas dah pun selesai dengan jayanya. Walaupun agak kelam kelibut disebabkan kekurangan kerusi dan meja utk duduk dan penyediaan makanan yang agak lambat disebabkan oleh sambutan diluar jangkaan.. secara kasornye majlis makan2 ini boleh dikatakan agak berjaya dari segi perlaksanaan. Benatang2 yang dibakor pun agak mantap walaupun adalah dalam 7-8 ketul sayap ayam yang rupa dah macam sayap gagak disebabkan oleh kekuatan api luar kawalan.

Walaupun penat dan panas, secara keseluruhan segalanya berjalan agak lancar dan mengembirakan. Full Stop.

Tapi kat sini aku bukan nak citer part yang seronok2 pasal sumer org dah tau dan sumer org appreciate event babi-q kali ni (walaupun bad @ badul agak keciwa disebabkan ketiadaan kerbau pendek utk barbeque bersama ayer kelapa pada mlm tu)- yang aku nak citerkan kat sini lebih pasal objective event yg boleh dikatakan tidak berapa kesampaian.

Plan menjadik (ada lah sedikit kekalutan pasal food turn around agak perlahan), makanan cukup (agaknye la kut), perut kenyang, semua enjoy tapi cuma satu jer kurang tercapai, sesi ramah mesra, kenal mengenal dan sesi penerangan.

Aku cakap ni bukan pasal aku nak kata ramai yg tak bercampur dengan org.. bukan aku nak judge org kata depa tak bercampur org, tapi masalahnya kalo dah datang makan pastu makan plak ngn keluarga sendiri, pastu dah kenyang terus balik.. susah jugaklah kalo aku tak kata aku tak berbulu.

Bukannya aku ni jenis yg extreme socialist (keje nak berimpun, nak ber-event tak abih2), aku cuma cuba tak paham apalah salahnye duduk ngn jiran2 dan kasik bini pun duduk ngn jiran2 gak. Nak kata malu.. susah jugak pasal kutu2 ni boleh tahan plak muka duk beratur 2-3 kali kat tempat bakor. Kalo beratur sambil berbual pastu usik2, gurau2.. "Eh Yus, pasal apa hotdog ni pendek cam ko nyer 'tuut' jek" oklah jugak, tapi masalah nyer dah ler beratur 2-3 kali pastu kasik arahan plak nak tu ini..

Mula-mula aku ingat puak2 ni nak melawak ala2 order kt restaurant, tapi lama2 aku tengok serius semacam pastu 2-3 round beratur dan mintak stail yg sama.. aku pun setat rasa hangin satu badan. Tapi memandangkan derang pun bayo RM20 utk sefamily dan objektif event pun nak berkenalan.. aku dan 2-3 org pembako yg perasan puak2 ini tepakse sabo ajelah.

NILAI RM20.00

aku tak taulah mungkin sesetengah orang rasa RM20 yg AJK mintak tu beso sgt, dan diaorang ni pun rasa kalo tak bantai makan habis2an rugi RM20 tu.. aku nak ingatkan skit.. "NI COMMUNITY EVENTLAH SEDARA! BUKAN ADA SAPA AMIK UNTUNG!, DUIT LEBIH BUKAN MASUK POKET PUAD (kan? puad kan?) ".

Kalo nak kira untung ker rugi, puak2 AJK mcm Puad Stim, Fahmi Kopi, Izzar Belly Dancer, Bad @ Badul, Bob Gaban, Abg Hasmy dll lagik rugi buat makan2 ni.. tapi masalahnyer puak2 ni tak penah berkira dan tak penah plak mintak korang cakap terima kasih ke hape.. geng AJK2 ni hanya nak korang sumer join event dan setatlah berkenal-kenallan. Takyah lah korang nak berkira sgt sampai nak makan sampai cover RM20 yg korang bayar tu.. ni bukak buffet bukak puasa beb!.. ni community event!.

Aku maleh nak komen lebih2.. pasal pada aku kumpulan mcm ni kecik ajer dan tak peningkan kepala sgt.. paling2 koman dia mau gak contribute (tak taulah kalo takut malu org kata tak contribute..). Walaubagaimanapun, kita sumer patutnyer paham, ada sesetengah org tak penah kisah utk buat itu ini utk community.. jadik in return.. bawak2 lah bercampur.. bukan tiap2 minggu ada event mcm ni (kalo tiap2 minggu ada event ramai2 aku pun jemu..)


aku citer ni bukan nak korang puji AJK atau nak bodek Presiden mcm ahli majlis tertinggi U*N*, aku cuma nak korang2 sumer kurang2kanlah perangai berkira tu dan bawak2 lah bermasyarakat.. tak rugi mana pun. Itu saja utk kali ni.. kita jumpa di post akan datang. Babai.

Read More...

Friday, May 9, 2008

bersyukur akhirnya...

Alhamdulillah..

Setelah berkali2 meeting dan follow up antara exco dan pihak Sunway, akhirnya pihak sunway bersetuju untuk meluluskan proposal surau sementara utk komuniti kita dalam jangka waktu terdekat. Menurut secretary kita en Izzar Belly Dancer, budget allocated utk surau sementara adalah sebanyak RM8,000.00 @ 16,000,000 Rupiah.

Menurut sumber2 yg tak dipercayai, design asal surau sementara kita agak hebat dan cantik merelip-relip sehinggakan kalo dicampur masjid kristal diterengganu dengan masjid blue mosque di istanbul pun sekalipun masih belum boleh menandingi design asal surau sementara kita.

Disebabkan oleh model surau sementara kita agak canggih dan maju, Lengkap dgn aircond yang mempunyai teknologi penyejukkan rumah mayat dan unsur-unsur pembaziran yg jitu, pihak sunway mencadangkan agar spek surau sementara kita di downgradekan sedikit agar pihak Masjid Negeri Selangor tidak jeles, sekaligus memungkinkan rakaman azan di TV tempatan hanya tertumpu dikawasan surau sementara kita.

Walaupun pada mulanya saudara Izzar Belly Dancer dan Puad Stim membantah sambil menepuk-nepuk meja ala ahli parlimen, akhirnya pihak exco kita bersetuju dengan cadangan pihak sunway kerana mengambil kira kepentingan ramai yang mahukan surau sementara kita dibina dan siap sebelum puasa tahun ini.

Walauapapun keputusan tentang model surau sementara. Kita sebagai penduduk fasa 1 sunway alam suria mengucapkan syukur dan terima kasih kepada pihak Sunway dan Exco2 penduduk kerana tanpa mereka, surau sementara kita takan dpt direalisasikan sblm raye tahun depan.

di bawah adalah model mengerlip-relip yang dicadangkan oleh exco dan model yg dipersetujui oleh sunway. (model surau sementara ini berdasarkan imaginasi penulis)

Sampai jumpa lagi..

Cadangan dari Exco2 kita...

model exco 1:





















model exco 2:














dan.. cadangan dari Sunway.. hanya sedikit downgrade..


model sunway 1:









model sunway 2:

Read More...

Tuesday, May 6, 2008

jemputan majlis perasmian meja bulat dan barbeque (Dr. Ray.. ko jgn bawak b*bi idup plak)

Assalamualaikum W.B.T

Sedara-sedara ku sekalian.. Tuk Penghulu Puad Stim mencadangkan agar hari Sabtu ini kita mengadakan upacara gotong-royong memupuskan kambing2 dari Tesco, Giant dan seangkatan dengannya. Menurut risikan Puad, jika kita tidak melakukan apa2 untuk memastikan kepupusan kambing, kambing2 tersebut akan melancarkan serangan berani mati (sebab tu ler pak arab suka main letup2 badan.. kuat makan kambing).

Jadik untuk mengelakkan sesuatu yang tidak diingini berlaku, kumpulan regular meja bulat telah mengambil inisiatif dengan membuat tempat babi-q yang rupanya sikit2 mcm jamban cangkung rumah atuk aku.

kasik ler sikit pujian kat contractor2 kelas A kita.. antaranya..

1. Kol (B) Puad Stim
2. Abg Hasmy Rocker Senja
3. Abg Arzmy Romeo
4. Kamal Anai2
5. Fahmi Kopi
6. Brahim Hang Kebun
7. Altantunya Shariibu
8. Razak Baginda
9. Dr Pencen Ray
10. Dr Helicopter
11. Lan Monster
12. Meja Herry
13. Najib Tun Razak
14. Wahid Satay
15. Shahrul Burung Unta
16. Eric Chia
17. Shahzan Bapa Angkat Kucingku
18. Bad @ Badul
19. Rosman Ketul2 tahi unta (mcm p. ramlee lah..)
20. Izzar Belly Dancer
21. Hamazri Kurangzat
22. Shahrom Agogo
23. Husaini Kejor Yeop Kejor
24. Bujangel sebelah rumah abg Hasmy (aku dok lupa semedang nama dia)
25. Rafeah Buang
26. David Blaine
27. Anak2 kak ani
28. Is Bradpitt
29. Joe Ahlil Parlimen Ketuhaq
30. Saddam Hussien

(.. kalo aku tertinggal nama korang.. harap maap lah.. aku pun manusia biasa)

Perh.. penat jugak aku nak pikirkan list nama penyumbang tenaga kerja.. dari 120 rumah yang dah masuk.. tolak dlm 10 rumah yg agak2 segan disebabkan masih anak dara, contribution dari 30 buah rumah (korang kira sendiriklah betul2) agak membanggakan. Mungkin dimasa mendatang akan lebih ramai lagik kawan2 baru dari kumpulan kadang2 akan aktif utk menjayakan aktiviti2 komuniti.


btw. Plan yg aku dpt dari Izzar Belly Dancer (Secretary) spt berikut:

Tempat: Padang Bola Sunway Alam Suria (mana lagi.. takan nak buat kat Jaya Jusco Plak)
Masa : Hari Sabtu Malam Ahad (esoknya ahad.. cuti lagi..)
Acara : Bakor kambing.. mungkin juga terdapat jiran yg akan membawa kucing2 jiran sebelah rumah mereka utk di bakar.
Konsep : Pot Luck ala arab (Man, ingat ko sorang jer makan ala arab, kami pun ada gak.. hahaha.. )

Apa yg aku tau kutipan membeli kambing akan di usahakan oleh sedara Izzar Belly Dancer sebanyak 20K .. eh! RM 20.00 jer. Nak derma lebey bleh.. pasal duit tu akan disekalikan denganb duit sedekah masa korban dulu, so mmg takde penyelewengan (kalo ada aku post kat blog ni.. bior kena pulau dek kawan2).

oklah itu sahaje.. kita jumpa lagik dia post seterusnya..

Read More...

Friday, May 2, 2008

tuan taik kucing, kucing taik tuan

smlm waktu melepak2 kat meja bulat sambil tengok geng 'kadang-kadang' main bola (walaupun agak rendah mutu kawalan bola disebabkan oleh size perut striker yg kecik sikit dari peti sejuk rumah aku), terbukak plak citer berkenaan masalah taik kucing yg agak meleluasa semenjak2 dua menjak ini.

masalah kucing/taik kucing ni bukan baru. Masa aku mula2 pindah masuk ke sini dulu dari Hollywood, kucing kurap ngn taik kucing dah mmg ada. Bangun pagi2 mesti ada kucing berak kat aku nyer lawn. Mula2 aku pun pelik, apsallah kucing2 ni bantai berak atas rumput, bukan ke kucing biasanya berak atas pasir, pasal nature proses berak utk makhluk kucing ni, dia musti gali sblm berak dan kambus taik dia lepas berak utk mengelakkan dari dikesan oleh pu'ad stim (maklumlah pu'adkan bekas RISIK). Tapi lama2 aku pun paham, agak2 nyer kucing skrg ni pun dah cerdik, maklumkan hari2 makan friskies ngn Examo, kalo kambus pun bau jugak, so baik dia simpan tenaga dia utk kongk*k ngn kucing2 lain. So aku pun takde pilihan, aku google carik penyelesaian terbaik utk mengelakkan dari kucing2 haram ni mai berak kat rumah aku selain dari simbah minyak panas atas badan kucing mcm Bob gergasi slalu buat kat kucing yg melepak kat kedai dia.

Google punya google, ada satu kutu advice kat internet suruh bubuh racun serangga atau baja utk kompius kan kucing tu sblm berak. Oleh kerana aku ni alim lagik tawaduk, aku pilih utk tabur baja taik ayam pelet kat atas rumput. Solution aku akhirnya menjadik pasal lepas pada tu kucing2 haram tu mmg tak berak dah kat rumput aku (agak2 dia seram pasal aku tabur banyak gila2 gak taik ayam tu sampai pokok kat kebun bang brahim pun dapat merasakan kehangatannya). Tapi harapkan cerah hingga ke petang, rupanya banjir kilat di TTDI, kucing2 haram tu pakat2 ngn kucing bohsia utk beranakkan anak2 haram dia kat dlm drawer kasut kat depan rumah aku masa aku gi Sabah.. mmg jadah haram tul!! $%&#BAB*!! .Arinih (bukan arinih betul2lah.. maksud aku baru2 ni), rumah Izzar Belly Dancer pun dah jadik hospital bersalin kucing bohsia.

Masalah kucing ni skrg dah jadik masalah negara. Bukan kucing2 haram jer yg buat hal dlm agenda mewangi-tahikan taman kita, kucing2 bulu kembang yg dibela oleh jiran2 juga kadang2 menyumbang dlm masalah ni. Dah mmg sipat kucing persian dan sewaktu dengannya ini pemalas, ditambahkan dengan sipat tuan punya kucing yg malas basuh kandang, bau taik kucing kadang-kadang boleh menyebabkan jiran2 berdekatan rasa mcm nak baling molotov cocktail kedlm kandang2 kucing ni.

Aku dah dengo banyak jiran2 yg komplen pasal masalah jiran mereka yg bela kucing tapi tak mo maintain kandang(bukan semua org yg bela kucing kat taman ni kasik masalah, ada yg bagus mcm shahzan), tapi masalahnyer nak tegur, jiran sebelah, takut kecik ati ataupun nasib tak baik gaduh.. (yer ler bukan sumer org perangai sama..ada yg poyor), nak tegur baik2.. "assalamulaikum, saya ingin meluahkan rasa syukur kehadrat illahi sekiranya encik "tuut" dapat memberikan kucing enchek makan bunga melur cicah racun rumpai agar bau taik kucing sedara dpt mengharumkan rumah2 berdekatan dan taman kita amnya".. mmg kompom tak jalan punya. So langkah terbaik aku rasa ialah dengan menasihati secara halus didalam blog ni.

Olih yang demikian, kita sebagai jiran pembela kucing yg bertanggungjawab, kalo agak2 terasa bila baca post ni, buatlah apa yg patut. Korang nak pindah kandang masuk master bedroom ker.., nak pakaikan kucing2 tu pampers ker.., nak suruh puad stim masak sup ker.. terserah. Tapi yg paling penting.. hati jiran kena jaga.. esok lusa jiran korang dah geram, dia beli babi bela depan rumah baru korang tau tinggi rendah langit. Masa tu korang mintak aku tolong post masalah korang pun aku buat dek jer..

Jadik, sebelum jiran yg asalnyer alim dan tawaduk jadik penternak babi.. elokler berubah. Btw, kami geng 'regular meja bulat' ada plan nak buat hari memburu kucing haram dan kucing bela tapi main lepas ikut suka ati mak bapak utk dibuang. Tarikh dan waktu tak kompom lagik.. tapi tempat nak buang dah kompom.. kedai Bob gergasi (bob ko siap2 tempat nak mandi minyak panas utk kucing2 tu mcm dlm gerak geri gasing.).

itu ajer utk kali ini, sampai jumpa lagik petang ni kat meja bulat.

Read More...

Wednesday, April 30, 2008

post kawin anak kak ani.. siri 2

Lagi gambar kenduri kawin anak kak ani...















Ulama pun perlu makan..
'Izzar, ko kasik aku satu jer.. yg lain ko derma kat afrika, jgn ko makan sumer plak' - al-hafiz ustaz bradpitt.
















'Ini pau semua ahmad albab yg punya.. eh! aku yang punya.. huargg..huarrghh.. huarrgh.., Hamazri ko amik bau aje yer.. bukan aku tak mo kasik.. tapi aku tak mo ko jadik mcm aku.., aku dulu sblm jadik kontraktor aku penari gelek.. ko tak caya tanya rosman unta, (dia dulu aku nyer feberet customer..)'. - Izzar Al-Belly Dancer
















Sebahagian daripada ahli parti pembangkang kerajaan 'lepak sampai pagi' yg sedang makan sambil kontrol kiut..

Read More...

Tuesday, April 29, 2008

post kawin anak kak ani.. siri 1

kenduri dah, karaoke dah, main..? err.. dah kut (berdasarkan gegaran dinding konkrit 3.3 skala richter)..
oklah.. sblm aku di gam oleh RTM.. adalah lebih baik aku post gambo masa kawin anak kak ani depan umah..


chapter 1.

sebenornye ramai gak yg datang mlm berinai tu.. tapi pasal kebanyakan datang lambat disebabkan oleh mlm jumaat (pahala beso tu..)..

berdiri belakang dari kiri : wahid satay, bad @ badul, bradpitt, azri takcukup zat, lan monster
duduk dari kiri: pu'ad stim, ema anak kak ani, adi teman "tuuutt" ema dan abg hasmy rocker senja.



bad @ badul, ulama islam hadari sedang khusyuk mendendangkan lagu berkonsep ketuhanan disamping pu'ad stim sedang mencari2 lagu yang bersesuwaian dengan usia beliau yang agak senja.
hahaha.. jgn mare aa.. aku host.. korang komen jek.. hahaha..
gambar lain akan menyusul. tungguuuuu...





Read More...

Thursday, April 24, 2008

Jemputan Kawin

kawan2 sekalian..

ari sabtu ni.. atau dlm bahasa melayu nya this coming saturday.. kak ani sekeluarga menjumput ente2 sekalian untuk datang mera'i (tul ker aku eja nih?) kenduri kawin anak pompuan dia. Venue korang carik sendiri. Kalo dah rasa-rasa tak jumpa.. kompomlah korang mmg jenis yg tak campur org.

ps: tetamu-tetamu mungkin akan parking keta mcm taik lembu.. bersepah-sepah.. jadik harap paham, jgnlah plak sibuk nak komplen kat MBSA. Sapa rasa agak2 tak mau kasik org park depan rumah dia.. bolehler parking kat luar supaya tak tersumbat kereta tu kat posh pasal guest double park.

sekian

Read More...

Sunday, April 20, 2008

sup kedaun puad...

apa lagi.. dah suruh ente create blog.. kasik comment lah.. apa2 pun puad nyer daun cicah ngn sup mmg stim... tak caya tanya abg arzmy..

Read More...