Monday, June 9, 2008

Polis main Pondok-Pondok

Agak lama jugak aku tak post benda baru dlm blog ni. Bukan takde menda nak cerita, tapi disebabkan kesibuk kerja tahap gaban nak berak, aku tak sempat nak bukak blog ni utk baca atau tulih apa2. Oleh kerana arinih aku ada sikit masa terluang, jadik aku ingat aku nak citer sikit berita terkini tentang taman kita.


1. Sunway Suria Campfire '08

as for today, aku dah dpt lebih kurang 25++ participants. Agak terguzut jugaklah aku dengan sambutan yg agak mengalakkan ni. Ada yg tak dak anak nak hantaq tapi bermurah hati menderma, ada yg call nak tambah anak.. (bukan depa call nak kata depa nak buat projek tambah anak.. maksud aku tambah participant la). Buat masa ni aku, brahim hang kebun dan sekutu2 sedang mendetailkan aktiviti2 yg akan dijalankan dlm campfire anak2 sunway nih. Aktiviti yg ada dlm handout arituh agak general disebabkan kami nak menganalisa kumpulan umur peserta.. takmo lah nanti buat aktiviti yg agak ganas mcm aktiviti belajaq sembelih ayam.. tapi yg ramai budak2 pompuan umur 7-8 taun. Insyallah.. kalo takdak hal, hari rabu ni korang sumer akan dpt final aktiviti2 campfire kat dlm mailbox korang. jadik korang sumer kena tungguuuuuu..

2. Security etc

utk pengetahuan ente2 semua, pada hari Ahad (22/06/08) pagi, Puad Stim dan rakan sekongkol akan mengadakan majlis taklimat/meeting/makan2/suai kenai (aii berapa kali mau suai kenal daaa..) di padang taman kita. Kalo korang dah baca meeting invitation yg geng society dah hantaq tu, meeting kali ni lebey bertujuan utk memaklumkan berkenaan isu2 yg berkaitan dgn taman kita nih. Memandangkan respond dari komuniti agak tidak memberansangkan.. aku nasihatkan geng2 society bolehlah pi habaq sekali lagik secara molot kat depa semua nih. Bukannya apa, ada yg balik lewat mlm kuar pagi, ada yg tak balik2 sampai weekend, ada yg tak mo bukak mailbox kerna takut kena ketip nyamuk, mcm2lah.. jadik Puad Stim, hang dan puak2 society kena ambil pendekatan baru, tak kiralah mcmana, janji berkesan(btw.. hang pun satu, hantaq surat ramai2 mcm RELA nak pi tangkap indon, jgn kata org takut, anjing charles pun buat2 mati bila tengok hampa mai).

3. Surau sementara

aku tak sure by puasa taun ni surau sementara kita tu sempat siap ke tak. tapi good news is, geng2 dato2 kat perdana height menjemput kita sama2 mengimarahkan surau depa yg akan siap by august ni. tapi kalo surau depa pun tak sempat siap, aku cadangkan society pau ler sikit duit amno utk sewa khemah sementara. kalo amno tak kasik kita cakap kat amno, dap dah kasik sikit.. sure lepas tu depa kasik.. hahaha..


oklah sampai sini dulu. aku nak pegi kutip utang, sampai jumpa lagik di post akan datang.. tata

6 comments:

Unknown said...

SELAMAT BERJAYA AKTIVITI MAIN PONDOK-PONDOK - Harap2 lepas aktiviti main pondok2 ni, anak2 aku akan jadi rajin sembahyang,tolong emak depa yang ditinggalkan..kah..kah...,rajin memasak ( alamak aku tak de anak pompuan baguih ni ),lebih independent, lebih mesra jiran dan meningkat skill Public Relation depa.

Aha...jangan jadi macam uncle Isketambola sudah.

PROTEM hangpa nak pakai PA System zaman jepun aku tu no problem,ambik kat umah.

Unknown said...

Awat semua senyap je..........tak berani nak komen ke.

Anyway...SALAM TAHNIAH DARI SHAIKH MUHAMMAD DUBAI KERANA KEJAYAAN MENJAYAKAN AKTIVITI MAIN PONDOK2 DAN MAJLIS BERSAMA JIRAN TETANGGA....TAHNIAH SEKALI LAGI KEPADA SEMUA AHLI JAWATAN KUASA.

Lebih-lebih lagi kerana hangpa bagi bini aku hadiah HAMPER....kah...kah..kah..

Aku balik Malaysia tengah bulan Julai nanti ,aku belanja teh tarik...c u guys.

To'mat said...

Assalamualaikum,

Tahniah diucapkan kepada Penghulu Pondok dan rakan-rakan serta Protemp Sunway Alam Suria kerana berjaya menganjurkan PROJEK dengan jayanya.

Tongging ke, Tonggong ke apa hal, tak dak hal lah. Semua tu pekara kecik. Yang penting hati mahu bersih. Tak dak hasad, hasut,irihati, bengong dan lain-lain yg sewaktu dgnnya.

Sekali lagi tahniah.

is said...

man,

ko nak balik nanti kalo sempat bleh tolong belikan shisha nyer pot tak? kalo bleh yg ada 4 corong, ramai2 bleh isap. nanti kitaorng bayor (lorong U10/41E nyer kroni kecik). budget jgn ler beli yg mahal2 sampai ribu2. bawah RM200 oklah.

Unknown said...

Takpa hari ni aku window shopping tengok harga dia.Nanti aku kasi tau harga dia.Corong yang ade 4 tu susah sikit cari, tapi kalau yang ade 10 tu merata-rata kat U.A.E...he...he...

Kalau aku tak dapat bawa balik naik flight...aku hantar pakai container...je.

Admin said...

Dari engkau bole balik, nanti sangkut kat airport plak...