Monday, June 23, 2008

macih kengkawan.. macih..

Setelah sehari suntuk ngn anak2 resident taman kita, hari ni baru ku tahu kerja cikgu2 kat sekolah rendah menjaga budak2 bawah 12 taun mmg mencabar dan tak semudah yg kita sangkakan. Kalo lepas ni cikgu2 sekolah ajak aku pi tunjuk perasaan mintak naik gaji.. aku rasa silap aribulan aku ikat C4 kat badan mcm Altantanya (dia ikat sendiri ker?) pastu jalan kat depan skali utk kasik FRU pikir lapan kali sblm buat apa2. Tak kiralah, rosmah mans*r nak tengok aku letupkan badan ke tak, tapi yg aku nak cakap kat sini jaga budak2 bawah 12 taun mmg boleh mengetest tahap keserabutan kepala.

Tapi dlm keserabutan menjaga anak2 resident yg participate dlm campfire kali ni, aku bersyukur jugak kerna ramai kengkawan yg selama ni sekadar kenal dan bual ala2 Joe Labu berbual ngn Pak 'Lah-dah-tidoq', dah boleh melawak tahap kasut masuk mulut. Secara tak lansung, kroni AJK makin bertambah dan sekaligus memudahkan AJKs mendapatkan bantuan/volunteers utk apa2 aktiviti pada masa akan datang. Walaupun secara keseluruhan tak semua residents menzahirkan percubaan utk menjadi kroni, tapi pertambahan kroni pada kali ni boleh dikatakan agak membanggakan.

Alhamdulillah...

Walaupun agak sukar utk mengawal budak2 yg agak histeria kerana terlalu excited nak bercamping, aku dan kengkawan yg bersama2 menganjurkan aktiviti camping ni agak berasa puas dan seronok bila tengok budak2 yg boleh dikategorikan sebagai 'budak bandar' tak lagik bergantung kat PS2,PSP,XBOX atau Nintendo utk berseronok. Puas, mmg puas.

Tapi ke'smooth'an aktiviti campfire ni takan dpt dicapai kalo tak kerana Puad Stim yg agak ringan tulang dan mulut utk mencari sponsor sekaligus mengimport awek camerawoman sunway ke taman kita (awek tu mmg mantap wa cakap lu..sampai aidil masuk tangan dlm seluarlah..). Walaupun kengkadang aku rasa mcm nak lempang2 si Puad disebabkan oleh perbezaan pendapat, tapi kalo takde pertolongan dari Puad Stim, agak susah/penat jugak utk aku menghandle sumer benda (yelah.. aku pun bukan kenal ramai org sgt pun). Macihlah Puad (tapi aku tetap rasa nak lempang ko utk seronok2).

Tapi aku rasa selain dari Puad, aktiviti campfire ni mmg tak leh nak gi kemana tanpa bantuan manusia2 yg tak berkira dari segi duit dan tenaga mcm Brahim hang kebun, Aidil bergedel, Hamazri kurang zat, Badul poyor, Wahid Satay, Izzar Belly Dancer, joe labu, Shahrom gendut, Fazli Celcom, Dr Nazrul Heli, Fahmy kopi, Adrian kucing, wife rosman unta, abg jamaludin misai, nasa virago, anak2 kak ani, abg hasmy rocker senja, abg arzmi kongke* king (nama baru berdasarkan perangai terkini), Lan monster, Farid skuter, Faizal sunyi sepi, ust Amir dan ramai lagik yg aku mungkin terlepas nak tulih kat sini. Memang, kalo takde depa ni semua, alamatnya silap aribulan, budak2 ni sumer aku dah bawak pegi mintak sedekah kat pasar tani shah alam utk carik budget.

Tak semua pueh ati..

Tapi disebalik ke'smooth'an projek, ada jugak ketidak puas hatian sesetengah penduduk. tapi nak dptkan semua org puas ati mmg aku rasa agak mustahil disebabkan oleh pandangan dan perasaan setitip yg agak berbeza. Ade ramai jugak yg agak mengomel bila aku dan brahim kebun terpakse reject late applicants. bukannyer apa, deadline yg diberi bukan utk seronok2 tak mo kasik ramai2 masuk. Deadline yg kitaorang letak tu utk memastikan kitaorang nyer planning tak terganggu. Yelah, utk penganjur plan berapa banyak hadiah/makanan dan khemah yg nak kena beli/mintak sponsor kenalah ikut berapa ramai yg register. kalo dah hantar borang dah lambat, mcmana nak plan? Takan nak hampakan budak2 bila setengah dpt sesetengah tak dpt. Budak2 bukan pandai reasoning lagik. yg depa tau, "aku nak jugak.. aku nak jugak..". Jadik sesapa yg berkecil hati pasal application utk join aktiviti kena tolak, kenalah paham keadaan penganjur.

"Eh! tapi ada yg tak daftar tapi register pada hari aktiviti dpt masuk jugak! ini tidak ADIL!!". Sabo-sabo, kat sini aku nak maklumkan mak bapak yg lambat hantar application lepas tu main semborono bawak anak utk join adalah tidak bertanggungjawab dan amat menyusahkan. Aku kena maklumkan kat sini, aku tak kira korang nak carut aku ke hape. "Penganjur terpakse membuat keputusan utk menerima masuk budak2 tu tanpa dpt menjamin hadiah/makanan utk budak2 yg mak bapak nyer lewat menghantar borang". RM5 tu mmg haram tak cukup pun utk menampung aktiviti yg nak dijalankan (lagik2 yg kasik lewat pasal hantar borang lewat). Aku bukan nak kerek tak menentu, tapi kalo korang rasa korang betul dan kitaorang amik untung dari RM5 tu, lepas ni kasik nama kat aku biar aku suggest kat Puad Stim utk letak nama korang utk jadik penganjur (aku pun ada perangai pendengki mcm amno jugak).

Tapi walauapapun, yg penting sekarang ni objektif utk warm-upkan budak2 kat taman kita ni sblm menghadapi camping yg betul2 akhirnya dah berjaya. Jadik lepas ni kalo ada campfire anjuran pihak sekolah atau badan beruniform kat sekolah, takdelah budak2 tu sumer ada masalah utk join, dan mak bapak pun boleh lepaskan anak2 depa pegi dgn rasa confident. Taklah tidor tak lena, makan tak lalu, 'main' tak puas kalo anak2 pi camping utk kali ke2.

Akhir skali, penganjur nak mintak maap kat mak2 dan bapak2 kalo2 ada yg anak2 depa balik mengadu kata kami marah2 atau garang2 sgt. kitaorang bukan sesaja nak marah2 atau garang2 (kalo ada), kitaorang cuma nak make sure keselamatan budak2 tu semua semasa dibawah jagaan penganjur.

Itu ajer aku rasa utk kali ni. Gambar weekend ni baru buleh upload pasal Hamazri kurang zat terlalu bizi dan tak sempat nak upload lagik. Sampai jumpa lagik di lain posting. BABAI!

Read More...

Monday, June 9, 2008

Polis main Pondok-Pondok

Agak lama jugak aku tak post benda baru dlm blog ni. Bukan takde menda nak cerita, tapi disebabkan kesibuk kerja tahap gaban nak berak, aku tak sempat nak bukak blog ni utk baca atau tulih apa2. Oleh kerana arinih aku ada sikit masa terluang, jadik aku ingat aku nak citer sikit berita terkini tentang taman kita.


1. Sunway Suria Campfire '08

as for today, aku dah dpt lebih kurang 25++ participants. Agak terguzut jugaklah aku dengan sambutan yg agak mengalakkan ni. Ada yg tak dak anak nak hantaq tapi bermurah hati menderma, ada yg call nak tambah anak.. (bukan depa call nak kata depa nak buat projek tambah anak.. maksud aku tambah participant la). Buat masa ni aku, brahim hang kebun dan sekutu2 sedang mendetailkan aktiviti2 yg akan dijalankan dlm campfire anak2 sunway nih. Aktiviti yg ada dlm handout arituh agak general disebabkan kami nak menganalisa kumpulan umur peserta.. takmo lah nanti buat aktiviti yg agak ganas mcm aktiviti belajaq sembelih ayam.. tapi yg ramai budak2 pompuan umur 7-8 taun. Insyallah.. kalo takdak hal, hari rabu ni korang sumer akan dpt final aktiviti2 campfire kat dlm mailbox korang. jadik korang sumer kena tungguuuuuu..

2. Security etc

utk pengetahuan ente2 semua, pada hari Ahad (22/06/08) pagi, Puad Stim dan rakan sekongkol akan mengadakan majlis taklimat/meeting/makan2/suai kenai (aii berapa kali mau suai kenal daaa..) di padang taman kita. Kalo korang dah baca meeting invitation yg geng society dah hantaq tu, meeting kali ni lebey bertujuan utk memaklumkan berkenaan isu2 yg berkaitan dgn taman kita nih. Memandangkan respond dari komuniti agak tidak memberansangkan.. aku nasihatkan geng2 society bolehlah pi habaq sekali lagik secara molot kat depa semua nih. Bukannya apa, ada yg balik lewat mlm kuar pagi, ada yg tak balik2 sampai weekend, ada yg tak mo bukak mailbox kerna takut kena ketip nyamuk, mcm2lah.. jadik Puad Stim, hang dan puak2 society kena ambil pendekatan baru, tak kiralah mcmana, janji berkesan(btw.. hang pun satu, hantaq surat ramai2 mcm RELA nak pi tangkap indon, jgn kata org takut, anjing charles pun buat2 mati bila tengok hampa mai).

3. Surau sementara

aku tak sure by puasa taun ni surau sementara kita tu sempat siap ke tak. tapi good news is, geng2 dato2 kat perdana height menjemput kita sama2 mengimarahkan surau depa yg akan siap by august ni. tapi kalo surau depa pun tak sempat siap, aku cadangkan society pau ler sikit duit amno utk sewa khemah sementara. kalo amno tak kasik kita cakap kat amno, dap dah kasik sikit.. sure lepas tu depa kasik.. hahaha..


oklah sampai sini dulu. aku nak pegi kutip utang, sampai jumpa lagik di post akan datang.. tata

Read More...

Friday, May 23, 2008

jom main pondok-pondok

Dah lama rasanya aku tak rasa kepayahan nak berak, kenikmatan kencing dlm sungai sambil berendam, kebest'an air sungai dan kebengkek'an bila khemah basah dek member yg kencing malam. Ya betul, kali ni aku nak citer pasal proposal aktiviti campfire yg asalnyer di cadangkan oleh sedara Wahid Satay dlm posting aku 'Puad Merajuk???'.

Dulu masa zaman sekolah, paling busuk sebulan sekali aku gi camping. Tak pegi ngn geng pengakap, gi sendiri sesama geng2. Bila masuk asrama, camping dah mcm menda biasa. Kalo musim durian, aktiviti camping ni dah macam hari2. Yelah nak rembat durian apek belakang asrama, kenalah sediakan kem dulu utk makan hasil rampasan perang. (btw ni kat MRSM aku dan Joe Parlimen Labu jer yer, MRSM lain boring.. hahaha.. jgn mare aa Nazrul..).

Tapi bila aku tengok budak2 zaman sekarang yg dah tak berapa nak value adventures aktivity mcm camping etc, aku rasa kesian pun ada, nak lempang pun ada. Nak salahkan mak bapak tak kasik anak2 try menda2 adventures takleh gak. Skrg ni mcm2 jenis org ada. Dari jenis perompak, peng'kidnap sampai ke jenis yg paling menakutkan mcm pedophiles, mmg tak patut kalau nak kata mak bapak tak takut. Jadik kerana kecuakkan mak bapak, tepakse ler budak2 zaman sekarang ni main dlm rumah. Kesian.

Jadik untuk mengelakkan budak2 kat taman kita ni jadik nerd, gemuk (disebabkan makan depan tv sambil tengok wrestling), anti-social, stress, low self esteem dan bermacam2 lagik side effect terperuk dlm rumah, pihak AJKs akan mengadakan program camping untuk anak2 lelaki resident yg mana maklumat lebih lanjut ada kat bawah ni ha,

Tempat Campfire: Padang Beso (kalo nak adventures lagik, kita gi camping kat tempat Altantunya nyer area)
Bila : 21-22 June 2008 (banyak masa utk memastikan anak2 anda tak kencing mlm)
Aktiviti : Macam macam ada..
Khemah : Sendirik carik (kat Giant RM50 boleh masuk 4 org.. so korang carik ler jiran utk share kalo takde)
Kos : RM 5 hengget sekepala

Buat masa ni, AJKs akan mengedarkan surat maklumat kesetiap rumah bagi memaklumkan aktiviti yg akan dijalankan berserta surat jawapan.

Ada lebey kurang 3 minggu utk korang plan aktiviti family pada hujung minggu 21-22 tu. Jadik kalo dpt joinlah dan respond awal2, pasal kalo sikit participant susah nak buat dan tak seronok.

Itu aje utk kali ni. Babai.

Read More...

Monday, May 19, 2008

Puad Merajuk???

Pergh.. tajuk pun dah panas. Biasalah akukan suka kontroversi, kalo setakat nak citer kat blog ni citer pasal kebaikan daun ulam Ray, Abg Hasmi Rocker Senja ngn Abg Arzmy Romeo ajelah yg interested. Maklumlah keta lama.. performance pun dah turun. kuii..kui..kui..! (btw Abg Hasmy dah gunting rambut beb.. kalo korang tengok dari tepi perghh sikit2 mcm Hattan tuu..)

Kat sini aku nak citer sikit tentang pencapaian AJKs kita buat mereka yg tak berapa nak tau atau yg memang baka suka mencari menda2 yg tak kena utk dikritik.

So far pada mata aku (dan mata aku ngn geng2 Jln 41E atas lah), performance AJKs yg kita telah lantik secara paksa rela ini agak membanggakan. Bermula dengan aktiviti sebelum perlantikan rasmi AJKs (majlis korban dan makan2) hingga ke projek ponco2. Semuanya berjalan lancar dan sambutan dari penduduk agak membanggakan (terutama projek makan2).

habis citer yg seronok. ni part citer yg tak berapa seronok.

Semalam waktu aku tgh duk melepak depan rumah dengan jiran2 rasmi Jln 41E, aku ada dengor citer berkenaan ada molot2 panas cuba mencerca dan mengkritik aktiviti2 yg dijalankan oleh AJKs kita pimpinan Puad Stim. Cerita kononnye yg aktiviti2 yg dianjurkan oleh Puad Stim agak berpoya2 dan tidak menjurus kearah keperluan yg lebey penting seperti Surau, Security dan sebagai nya. Meh sini aku citer sikit kat korang yg duk sibuk nak menibai tapi tak sedor cerita kat belakang kumpulan2 yg sibuk bekerja utk korang nih.

1. Aktiviti Korban
Masa ni AJK yg dilantik secara rasmi takde lagik dan takde sekor pun yg sibuk nak buat apa2 utk initiate aktiviti komuniti termasuklah aku. Puad Stimlah yg sekor2 plan ngn abg Hasmy rocker senja dan abg Arzmy romeo utk buat jemputan panggil sumer org utk berkenalan. Masa tu si Puad Stim ambik inisiatif utk beli kertas, print/photostat, distribute rumah kerumah, organize ngn abg Hasmy dan abg Arzmy utk sediakan makanan, minuman, kerusi dan lain2 lagi. Akhirnya kita semua dpt berkenalan buat kali pertama atas inisiatif Puad Stim dan duo senja kita.

Projek Majlis Korban akhirnya berjaya sehinggakan sesetengah dari resident memberikan cadangan yg agak membina..

"kita buat 2 ekor plak taun depan, sekor lembu sekor seladang! aku booked peha seladang utk aku sorang" - Izzar Belly D.

"taun depan kita buat unta plak!, tak dpt unta paling koman pun Lama" - Wahid Satay

"Abg aa.. itu bilatang tapir muleh korban ka abg?. sorri aa saya ada sikit jahil.." - Bad @ badul

*FYI, masa ni Puad Stim hanya kutu biasa, bukan penghulu, bukan JKKK, bukan partner Sirul/Azilah, bukan sepupu Linggam walaupun hampir serupa rupa paras dan bukan jugak bapa kepada anak Altantuya. Puad hanyalah kutu biasa masa tu mcm aku dan korang semua.

2. Projek Polis Sentri One Two Jaga, Polis mati, pencuri jaga
Rumah aku kena pecah dek penyamun. Masa ni sumer geng jln 41E on high alert. Puad organize meeting utk buat jadual sentri. Tak ramai yg turun. Balik2 muka yg sama. Kadang2 ada muka baru.. tapi tak bertahan lama. Puad Stim dan AJKs jemput plak satu security company utk buat briefing. Balik2 muka2 sama jugak yg datang. Oklah ramai yg cakap ni meeting AJK, tapi masa aku gi tu aku duk nampak ada jugak yg bukan AJK yg datang.. (tapi muka2 yg sama gaklah). Masa tu AJK bersetuju utk dapatkan surat persetujuan pengambilan guard dari setiap resident utk tengok sambutan penduduk. awal2, 30 puluh buah rumah jer yg reply, majority setuju.. tapi tetap tak berapa memberansangkan.

3. Meeting mintak extension sunway security
AJKs gi meeting ngn Sunway kat Monterez. Sunway hidang roti keras (aku takde Badul yg citer nih). Sunway setuju utk extend sampai bulan 6. Surat persetujuan pengambilan guard terus di distribute, reply meningkat.. tapi sambutan tetap perlahan.

4. Projek bantuan Tsunami Kenduri Anak Kak Ani.
" Woit Is, Kenduri anak kak ani pakai Catering ler..". Betul. Memang betul, tapi utk pengetahuan korang, pada awal2 nyer si Puad Stim ada offer diri + committee utk tolong masak makanan hari nikah. Kak ani pun bersetuju masa tu. Geng2 yg duk selorong ngn kak ani masa tu dah siap2 plan nak amik cuti utk bersama2 memasak makanan nikah. Tapi last minute plan tuko, kak ani decide nak nikahkan si Ema kat mesjid Shah Alam (senang pasal ada better space utk sedara mara nak tengok). Jadik plan tolong masak tuko jadik plan 'tolong mana yg boleh'. Kalo korang nak tau, mlm kenduri tu Puad Stim sekor2 terhegeh2 angkut 3 ketul barrier dari projek Cluster utk block Jalan 41E. Tapi sapa pedulik..

5. Projek mintak surau sementara.
Baca posting aku "bersyukur akhirnya.."

6. Projek Perasmian meja bulat dan majlis BBQ.
Baca posting aku "jemputan majlis perasmian meja bulat dan barbeque (Dr. Ray.. ko jgn bawak b*bi idup plak)" dan "tamatnye barbeque..."

7. Projek senaman poco-poco utk bini2
Baca posting aku "hula hup.. hula hup.. hulalala hula hup..".
Projek ni agak berjaya walaupun sedikit kelamkabut disebabkan oleh masalah karan. Aku ada sikit komen dari segi planning (aku dah sound Puad Stim mcm2 pasal planning.. "Puad ko jgn mengada2 nak merajuk ngn aku.."), tapi pada aku kalo nak perfect sgt pun susah pasal kita bukan pun bukannya ada cukup alat2 lagik (yelah ROS yg sunway submit tu agak lambat utk diproses, jadik takde duit subsidi kerajaan lagik.. nak mintak sumbangan pun tak boleh lagik).

* * *

Ada banyak lagik yg dah dilakukan oleh Puad Stim dan AJKs utk kesenangan kita bersama. Jadik tak sedaplah pada aku kalo ada citer yg kata Puad Stim dan puak AJKs tak buat apa2 utk security dan surau. Korang nak tiau lelebey pun tak patut, kalo rasa mcm tak berkesan peranan si Puad Stim, korang mai ler tolong sama.. jgn tibai pastu tengok jer. Aku pun ada masa rasa Puad dan AJKs sesekali kena dinasihati, tapi nak takan nak tiau kosong jek. Kenalah hulurkan tangan utk tolong mana yg mampu. Bukan semestinya korang kena jadik AJK baru nak get involve. Mcm tu mampuslah AJKs.

Skrg ni Puad dah merajuk (boleh tahan huduh gak rupa dia bila dia merajuk). Nak suruh Puad Stim buat bodo jer atas kritikan org sekeliling pun susah jugak, apa korang ingat Puad Stim ni mcm Pak Lah? boley buat ngantuk mcm tu ajer?. Jadik jln paling mudah pada aku.. kita ramai2 tolong dan join keje2 @ aktiviti yg dianjurkan oleh si Puad dan AJKs. Jgn bior si Puad ni buat keje sesorang. Dah ler tak penah cakap tima kasih kat dia dan AJKs.. dah tu main nak kritik sesedap rasa, mana aci! korang kena ingat Puad ni dah tua.. dah hampir nak menopause (nasib baik ada daun), jadik dia mmg makan ati sikitlah kalo org cakap itu ini.

Kalo ada apa2 yg korang rasa tak pueh ati, bukan takleh cakap, tapi pada aku elok tau apa yg dah dicapai dan join dulu baru komen atau lebih baik post kat blog (aku tak filter komen org..). Tapi buat masa ni korang sumer tak payah nak kritik2 sgt.. kita bukan ada budget, bior aku ngn Badul jer yg buat keje kritik mengkritik ni (dulu kitaorng cita2 nak jadik pengkritik AF). Puad Stim mmg dah lali dengan perangai aku ngn Badul. Jadik dia mmg tak makan ati. Kalo dia makan ati, aku
suruh dia gi makan daun dulu.

Oklah.. kualiti cerita aku pun dah makin kurang.. apa2hal pun, "Puad ko takyah ler merajuk, bak kata omputih.. sebakui epal musti ada sebijik yg busuk. Bior ajelah.., nak buat mcmana lagik.. takan ko nak hempas badan kat atas tar plak kerana 2-3 kerat yg mmg dah perangai mcm tu.. ".

sampai sini dulu.

Read More...

surat khabar lama.. old news paper.. taw kaw kow chi..

Slm aku duk tgh layan wrestling pompuan kat ASTRO (tak ingat plak aku channel apa..) tetiba hp murah aku bunyik. Hish, potong stim betul, dah ler Raesha Saed plak yg lawan. Tag Team match plak tu. Minah mat saleh yg menyamor konon2 dari Damascus Syria ni plak agak jarang kuar lawan.. dah ler tu.. dia sorang jer yg dlm wrestling lawan siap pakai tudung ngn seluaq panjang. Aku bukan apa.. aku pun tau wrestling ni mmg berlakun, tapi kerana nak tengok sejauh mana mat saleh cuba nak promote character jahat bertudung si Raesha ni dlm wrestling aku pun tepakse ler nengok.. eh.. kejap.. kejap, aku tadi nak citer pasal hp aku bunyik ker apa tadi... apsal melalut citer wrestling pompuan plak nih.. ish.. ish.. ish.. Astagfirullahalazim.. (btw, Raesha nyer finishing move agak kelakar.. ahaks!)

Ok balik semula citer hp aku bunyik, aku pun check. "SMS from Puad Stim". Aku maleh nak karangkan balik sebijik2 sms Puad Stim kat sini pasal Puad nyer ayat sms agak sedikit skema katun. Jadik senang kat sini aku citer ajelah apa plan si Puad Stim yg terkenal dengan jiwa ala2 budak pompuan Form 2 (jgn mare aa.. tak caya tanya Badul takpun Izzar Belly).

Dlm SMS tu, Puad mencadangkan agar community kita ni mempunyai pusat recycle kita sendiri. Bila aku cakap recycle maksud nyer kertas, aluminium dan plastik shj. Taik, tayar keta, nasi tomato 4 hari lepas, polysterine, air jamban, kondom terpakai, pampers penuh taik, bangkai gagak, spender koyak dan baju pooh (utk Puad Stim shj) tidak termasuk dlm apa yg dilabelkan sebagai barang yg boleh diterima di pusat kitar semula kita tu nanti. Aku kena cakap terang2 kat sini, pasal ada jugak kutu2 yg agak tak berapa boleh nak beza barang recycle ngn tak.

Objective utama si Puad Stim ini ialah untuk mencari duit bagi tabung komuniti kita yg skrg ni mmg tak berapa nak ada disebabkan oleh kelembapan proses pendaftaran komuniti kita di ROS (selagi tak register, takleh kutip duit tabung). Selain dari mencari duit tabung aktiviti komuniti, ada beberapa lagik kebaikan yg boleh di capai sekiranya kita dpt menyediakan pusat pungutan barang2 recycle tu nanti. Antaranya,

1. Mendidik generasi muda tentang pentingnya kitar semula sekaligus memberi tamparan kepada generasi tua agar tidak membakar majalah pl*yb*y, surat cinta lama dan gambar awek dulu bagi mengelakan di ketahui oleh bini.

2. mengajar generasi muda agar lebih berjimat cermat(dari hari2 beli paper Metro, baik beli Quran, beli sekali boleh baca hari2 mcm aku.. hehehe..)

3. Mendidik generasi muda agar mengunakan barang2 biodegradable utk kegunaan harian spt mengunakan daun pisang utk basuh ber*k dsb.

Memang banyak benefit recycle kalo aku nak listkan kat sini, tapi walauapapun pada aku, kalo geng AJKs boleh plan elok2, dan organize betul2.. takde sapa yg akan bantah atau cuba membuat protes dengan membakar diri (ala2 citer tamil). Cuma skrg ni aku cadangkan supaya resident2 yg bukan AJKs pun turut tampil utk kasik idea mcmana nak realisasikan plan puad tu. Yelah menda recycle2 ni bukan senang, takleh harapkan AJKs jer utk buat sumer benda, sumer org mesti involve. Aku rasa sebelum setat apa2, elok kat sini AJKs setat plan mcmana nak mobilize semua org dlm projek baru cadangan Puad ni atau mana2 aktiviti komuniti. bukan saje utk participate, tapi involve skali. Kita pun tak mo tengok pusat recycle tu nanti jadik pusat pembuangan sampah @ kantin gagak2 kawasan Shah Alam.

Tapi ni sumer idea aku ajelah.. Kalo AJKs baca dan lepas tu rasa depa larat buat sendiri sumer benda aku takde hal. Janji aktiviti sumer jln dan majority puas hati dengan aktiviti2 tu.


korang pikir2kan lah sendiri..

Read More...

Thursday, May 15, 2008

hula hup.. hula hup.. hulalala hula hup..

ahaaiii!.. (ringtone hp puad stim)

untuk makluman tuan puan pada sabtu ni Puad Stim telah menjemput seorang stewardess TUDM (original bangg..) untuk memberikan tunjuk ajar cara2 bersenam/aerobic bagi golongan pompuan yg ingin memaintain size pinggang spt paula abdul.

Aerobic Ponco-Ponco

Menurut saudara Puad Stim, gaya asal sukan aerobic ponco2 ini berasal dari indon (kg asal puad stim) dan biasanye ianya diamalkan oleh golongan yg gemuk dan mempunyai selulit mengelilingi pinggang.

Jadik bagi memastikan kecantikan yg konsisten kaum pompuan di taman kita, participation dari golongan pompuan amatlah penting. Ini sekaligus memastikan golongan suami/bakal suami akan teransang sekaligus mengelakan dari mereka dari mengatal dengan amoi2 kedai handphone.

Maklumat berkenaan aktiviti adalah spt berikut:

Kat mana: Padang
Bila: sabtu pagi.. takyah buat breakfast.. lepas exercise terus r*m*n, pastu gi carik kedai mamak sendiri2
Berapa hengget: Tunggu Shahzan update post (tapi tak silap aku RM80 sejam.. kira kalo ramai jadik 2-3 hengget jer sorang)

sekian.

ps: Puad Stim, lepas ni ko organize aktiviti yg islamik lah plak..

Read More...

Wednesday, May 14, 2008

tobatnya seorang ustat..

Atas kesedaran komen dari Anonymous berkenaan posting terdahulu "tamatnye babi-q", Ente dengan insapnyer memohon maap dan menarik balik perkataan "babi" dari semua tempat2 yang tak sepatutnyer..

mulai hari ni mana2 post takleh ada perkataan babi tanpa sebab.

Babi hanya boleh digunakan dlm post untuk tujuan2 tertentu spt:

1. Maki pencuri, penyamun, perompak dan sebagainya.

2. Menceritakan tentang hal2 berkenaan babi seperti "eh semalam aku tengok ASTRO 703 kat tb, pergh.. dia masak babi tuu.."

Pengunaan ayat spt membabi buta jugak diharamkan untuk mengelakkan kemarahan OKU disebabkan salah paham kerana mengaitkan org buta dengan babi. Begitu jugak dengan
perkataan Gila Babi, pun tak boleh kerana mungkin boleh menyebabkan para babi berkecil hati kerana umum mengetahui binatang yg termasuk golongan gila hanyalah anjing gila dan lembu gila (mad cow) - babi tak pernah gila beb.

Ini adalah untuk kebaikan kita sendiri dan anak2 sekaligus akan turut menginsafkan bad @ badul yg dah termakan berkilo2 daging b*b* (btw.. bad cakap sedap.. hehehe).

Harap maklum.

Read More...